08 Oktober 2010

Rolls-Royce Ghost Diva by Fenice Milano



There's good taste and then there's over-the-top opulence. Rolls-Royce manages to tread that fine line carefully, but Fenice Milano is here to take it over the top. Based on the Rolls-Royce Ghost, Fenice's Diva edition decks out the hood, grille, side sills, wing mirrors and more in 24-karat gold, repeating the treatment inside the cabin which is also "treated" to leather, Alcantara microsuede and teak veneer trim. All that, plus the reassurance that no one would ever accuse you of being possessed of such a gauche sense as good taste.



Classic Morgan Trikes Making a Comeback



It may be hard to remember now that Morgan is moving ahead with the retro-futuristic EvaGT, but the British sportscar company got its start way back when with trikes. In fact that's what made them famous, but while its original wood-frame cars may still be available, three-wheelers haven't been part of the company's range since 1952. But all that could change in the near future. According to reports from across the pond, Morgan is eager to take a stab at bringing the trikes that put it on the map back out from the annals of history.
Last year, a Seattle-based company called Liberty Motors
secured the license from Morgan to continue building those original trikes, under the name Ace and powering them with a Harley-Davidson V-twin engine.
Apparently impressed by the results, Morgan is reportedly in the process of reviving the trike themselves, even going so far as to redesign the original JAP engines used on the original and re-acquiring the license from Liberty. Sounds promising for aficionados of the original design, but for those who can't wait to get back to the future, Liberty Motors would undoubtedly be glad to help fill the void, starting at $48,000.

Tuduhan terhadap aktivis paus


PENANGKAPAN ikan paus secara komersial diharamkan di seluruh dunia sejak tahun 1986.

DUA orang aktivis organisasi antarabangsa Greenpeace yang sedang dibicarakan di Jepun bakal berdepan dengan keputusan penghakiman ekoran tuduhan mencuri sekotak daging paus baru-baru ini. Daging paus yang dicuri itu disifatkan sebagai bukti penipuan dalam satu program penangkapan ikan paus yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.

Junichi Sato, 33 dan Toru Suzuki, 43, mungkin berdepan dengan hukuman penjara selama 18 bulan di atas tuduhan mencuri dan menceroboh sekiranya mahkamah wilayah di Aomori mendapati mereka bersalah.

Kedua-dua aktivis tersebut mengaku mencuri sekotak daging paus masin tetapi tidak mengaku bersalah. Sato dan Suzuki tetap dengan pendirian bahawa tindakan mereka itu adalah untuk kepentingan orang ramai tentang penipuan dalam program penyelidikan dan penangkapan ikan paus di Jepun.

Penangkapan ikan paus secara komersial telah diharamkan di seluruh dunia sejak tahun 1986. Namun, sebuah badan bukan kerajaan, Institut Penyelidikan Cetacean telah ditubuhkan pada tahun berikutnya. Penubuhan institut tersebut membolehkan ratusan haiwan mamalia laut terus dibunuh atas nama sains.

Barangan peribadi

Kedua-dua aktivis tersebut berkata, mereka telah dihubungi kira-kira dua tahun lalu oleh seorang krew veteran yang bekerja untuk sebuah kapal penangkapan ikan tajaan kerajaan negeri. Lelaki yang bekerja sebagai peniup wisel itu memberitahu, dia agak kecewa dengan pembaziran dan kegiatan rasuah yang berlaku.

Menurut Greenpeace, lelaki tersebut memberitahu, krewnya menerima berkotak-kotak daging paus yang sering disalah labelkan sebagai barangan peribadi. Daging-daging paus itu ditemui selepas mereka pulang dari aktiviti pemburuan paus tahunan di Lautan Antartik.

Sato dan Suzuki telah menjejaki asal-usul barangan itu sehingga ke sebuah lokasi simpanan sebuah syarikat khidmat kurier di Aomori pada 16 April 2008. Di situ, Suzuki telah mengambil sebuah kotak seberat 23 kilogram (kg) yang berlabel kadbod dan vinyl serta berisi daging-daging paus.

Mereka kemudiannya menyerahkan kotak tersebut kepada para pendakwaraya wilayah Tokyo dan satu sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan bukti yang ditemui itu. Para pegawai menerangkan bahawa ahli-ahli krew telah menerima berkotak-kotak paus itu sebagai cenderamata.

Pada 20 Jun lalu, pihak polis telah memberkas Sato dan Suzuki. Dalam operasi luar biasa itu, pejabat Greenpeace di Tokyo dan kediaman lima kakitangannya telah diserbu. Dalam serbuan tersebut, cakera-cakera padat komputer dan beberapa kotak dokumen turut dirampas.


PENYOKONG Greenpeace membantah penahanan dua aktivis warga Jepun yang menyiasat kegiatan rasuah penangkapan ikan paus di Jepun.


Meskipun kes penipuan itu digugurkan sebelum hari mereka diberkas, kedua-dua orang aktivis itu telah dibawa ke Aomori dan ditahan selama 26 hari. Menurut kenyataan daripada Greenpeace, mereka turut disoal siat selama tiga kali sehari tanpa kehadiran peguam bela.

Di dalam mahkamah, para pendakwaraya berpendapat, aktivis-aktivis tersebut telah melanggar undang-undang dan berpotensi untuk melakukan perkara yang sama. Mereka juga menuduh tertuduh tidak menunjukkan rasa bersalah dan telah menyebabkan kerugian dari segi kewangan dan reputasi pekerja di syarikat khidmat kurier tersebut.

Pihak Greenpeace telah mengutuk layanan terhadap ahli-ahlinya dan menyifatkan perbicaraan tersebut bermotifkan politik. Perbicaraan itu turut mengundang protes di kalangan ahli-ahli Greenpeace yang lain di beberapa buah Kedutaan Jepun di seluruh dunia untuk memberi sokongan.

Pengarah Eksekutif Greenpeace, Kumi Naidoo yang juga seorang aktivis antiaparteid dari Afrika Selatan pula mempunyai pendapat lain terhadap kes itu.

"Layanan terhadap Sato dan Suzuki telah mengingatkan saya terhadap sistem aparteid melayan mereka yang cuba untuk menentangnya," katanya. - AFP

Soyuz rosak dibawa kereta api


GAMBAR menunjukkan sebuah kereta api menarik salah sebuah kapal angkasa Soyuz TMA-01M ke tapak pelancaran di Baikonur pada Selasa lalu.


BAIKONUR, Kazakhstan - Ketua sebuah agensi angkasa lepas Rusia, Anatoly Perminov mengesahkan kapal angkasa Soyuz TMA-20 yang akan digunakan untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akhir tahun ini mengalami kerosakan.

Menurutnya, kerosakan pada Soyuz TMA-20 itu berlaku semasa ia dipindahkan dengan menggunakan landasan kereta api.

Namun, ujar Perminov, pihaknya berusaha membaik pulih bagi memastikan keselamatan penerbangan.

Bagaimanapun, pelancaran ke ISS mungkin ditunda jika pakar-pakar mendapati pesawat itu perlu dihantar balik ke kilang.

Kapal angkasa Soyuz dikeluarkan di sebuah kilang di Korolyov di pinggir Moscow.

Ia dipindahkan dengan menggunakan landasan kereta api sejauh 2,000 kilometer ke pusat pelancaran di Baikonur, Kazakhstan. - AP

iPhone bantu keluar dari pagar sesat


GAMBAR dari udara yang menunjukkan Pagar Sesat Hedge di daerah Wiltshire, Britain baru-baru ini.


TROWBRIDGE - Semakin ramai pengunjung berjaya keluar dari pagar sesat terbesar di Britain dalam masa cuma beberapa minit dengan bantuan telefon pintar iPhone, lapor sebuah akhbar semalam.

Pagar sesat merupakan panggilan untuk pagar diliputi daun yang mempunyai lorong-lorong mengelirukan, sekali gus menyebabkan seseorang itu sukar untuk menemui jalan keluar.

Sebelum ini tempoh 90 minit diperlukan sebelum seseorang itu dapat keluar dari Pagar Sesat Hedge seluas 3.2 kilometer di Taman Safari Longleat di sini, barat daya England.

Namun, semua itu berubah setelah ramai pelawat menggunakan iPhone dan BlackBerry untuk memuat turun peta pandangan dari udara pagar daun berkenaan dari laman Google Earth di Internet.

Berpandukan teknologi sistem pengesanan global (GPS), pemilik-pemilik gajet itu dapat mengesan lokasi mereka. Pengguna cuma perlu mengikuti peta dalam talian untuk mencari laluan keluar yang terpantas.

"Saya memberi masa 15 minit kepada diri saya untuk mencari jalan keluar tetapi saya putus asa dan kemudian menggunakan iPhone, ia amat berkesan," kata seorang pelancong berusia 29 tahun, Paul Roberts.

Lebih 400,000 orang sesat dalam pagar daun tersebut pada setiap tahun. - Agensi

DUIT