29 Jun 2012

Kemasyhuran keluarga Saud



KEMATIAN dua Putera Mahkota Arab Saudi dalam tempoh enam bulan tidak menggugat sistem beraja di negara yang menempatkan dua tanah haram itu - Mekah dan Madinah. Putera Nayef Abdul Aziz, 78, yang menggantikan abangnya, Putera Sultan, Oktober tahun lalu, meninggal dunia baru-baru ini.

Berikutan itu, Putera Salman, 77, dilantik menjadi Putera Mahkota yang baharu sekali gus dilihat bakal mewarisi takhta daripada abangnya, Raja Abdullah, 89.

Selepas zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, dua tanah haram itu ditadbir oleh monarki daripada kerajaan Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniah.

Raja Abdullah mula memegang tampuk pemerintahan selepas kematian Raja Fahd pada 1 Ogos 2005.

Sistem beraja di Arab Saudi sememangnya unik. Di samping raja memiliki kuasa mutlak, pewaris takhta bukannya daripada bapa kepada anak sebaliknya dalam kalangan anak lelaki pengasas negara Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz Saud. Beliau mempunyai kira-kira 25 anak lelaki.

Raja Abdul Aziz Saud menjadi Raja Arab Saudi pada 23 September 1932 dengan meletakkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi manakala al-Quran sebagai sumber undang-undang negara.

Walaupun memiliki kuasa mutlak, pemerintah negara itu masih terselamat daripada gelombang kebangkitan rakyat yang telah menjatuhkan pemimpin di Tunisia, Mesir dan Libya.


RAJA ABDULLAH (kanan) bertemu Raja Bahrain, Raja Hamad Isa al-Khalifa di Jeddah. Hanya lima negara Arab yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


Seorang penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, berkata Raja Abdul Aziz telah meletakkan asas yang kukuh bagi memastikan sistem pemerintahan beraja di negara itu mampu bertahan lama.

"Kebanyakan jawatan penting dipegang oleh anak dan saudara-mara Raja Abdul Aziz. Ini secara tidak langsung mengukuhkan legasi pemerintahannya. Ia terus kekal dan dominan.

"Selain itu, undang-undang diwujudkan untuk menghalang sebarang anasir yang sengaja diwujudkan oleh pihak tertentu bagi menggugat sistem pemerintahan monarki ini," terang Zainal kepada Jurnal.

Kerabat

Ditanya sama ada Arab Saudi bakal menerima tempias daripada Revolusi Arab yang melanda beberapa negara Asia Barat mutakhir ini, beliau berpendapat perkara itu tidak akan berlaku di negara itu.

"Semua jawatan penting termasuk ketenteraan diterajui oleh anak atau saudara-mara. Di negara yang mengalami Revolusi Arab, tidak semua jawatan penting dipegang oleh mereka yang mempunyai pertalian keluarga.

"Lagipun kebangkitan rakyat negara lain itu disebabkan tekanan ekonomi selain mendapat sokongan daripada pihak Barat dan Amerika Syarikat.

"Dasar keterbukaan Raja Abdullah sekarang menyebabkan rakyat terus menyokong beliau," ujarnya.

Zainal memberitahu, kemudahan pendidikan dan perubatan secara percuma selain kemajuan ekonomi turut menjadi faktor kestabilan politik di Arab Saudi.

"Kebiasaannya rakyat akan bangkit menentang pemerintah jika mereka terpaksa melalui hidup yang sukar sementara pemerintah mengamalkan gaya hidup mewah.

"Walaupun ramai kerabat diraja Arab itu yang kaya-raya, asalkan rakyat berpuas hati dengan taraf hidup mereka, raja akan selamat," kata beliau.

Menurut seorang bekas pensyarah, Ahmad Mustafa, 72, yang telah menetap di Mekah selama 47 tahun, peranan Raja Abdullah sekarang dalam menjaga dua kota suci Mekah dan Madinah itu cukup signifikan.

Bekas pensyarah geografi Universiti Ummul Qura, Mekah ini memberitahu, dahulu perjalanan dari Jeddah ke Mekah dan Madinah sahaja memakan masa berhari-hari selain kuota haji yang terhad.

"Kini, sistem pengangkutan semakin canggih selain kemudahan menunaikan haji yang selesa," katanya.


SIAPA pun yang menjadi raja, kesucian kota Madinah dan Mekah pasti terpelihara.


Cerita Ahmad, semasa beliau menjejakkan kaki di bumi Mekah pada usia empat tahun, pemandangan di sekitar Mekah dan Madinah hanyalah padang pasir dan bukit-bukit batu. Namun, sekarang kedua-duanya memiliki prasarana bertaraf dunia, sesuai dengan fungsinya sebagai kota suci umat Islam.

"Apa yang penting, suasana aman dan politik yang stabil mampu menjamin keselamatan jemaah haji dan umrah, begitu juga rakyat negara itu secara keseluruhan.

"Tiada gunanya teknologi canggih tetapi dibayangi kekacauan dan pertumpahan darah," tutur Ahmad.

Dilahirkan di Riyadh pada tahun 1924, Raja Abdullah dihormati rakyat kerana mengamalkan corak pemerintahan seperti bapanya yang mengangkat agama, sejarah dan kebudayaan Arab.

Kuasa mutlak

Semasa memegang jawatan Putera Mahkota, Raja Abdullah menjadi arkitek utama yang membangunkan negara itu dengan kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden.

Beliau mengubah landskap Arab Saudi yang dipenuhi padang pasir menjadi bandar moden.

Raja Abdullah juga menjadi penggerak utama usaha perdamaian dunia Arab termasuk lantang membantah pendudukan Israel di bumi Palestin.

Beliau tidak sesekali melupakan kepentingan ilmu apabila merintis penubuhan dua buah universiti iaitu Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah serta Universiti Permaisuri Nourah Abdul Rahman yang khusus untuk golongan wanita, kedua-duanya terletak di Mekah.


ARAB Saudi antara negara yang mengamalkan sistem beraja mutlak.


Raja yang gemar membaca ini turut menubuhkan dua buah perpustakaan iaitu Perpustakaan Raja Abdul Aziz di Riyadh dan Casablanca, Maghribi.

Di sebalik ketegasannya, Raja Abdullah ialah seorang pencinta padang pasir dan sukan berkuda dengan menubuhkan kelab ekuestrian di Riyadh.

Apa pun, sistem raja berkuasa mutlak sudah berlangsung selama lebih 80 tahun di Arab Saudi. Negara lain yang mengamalkan sistem sebegini ialah Brunei, Oman, Qatar dan Swaziland.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah adalah satu-satunya raja Melayu yang memerintah sebuah negara yang berdaulat secara sendirian.

Komputer tablet Google dijual RM636


SEBUAH komputer tablet Nexus 7 dipamerkan pada Persidangan Pemaju Google di San Francisco kelmarin.

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mengumumkan komputer tablet terbaharunya yang mengandungi perisian Android, Nexus 7 akan dijual pada harga serendah AS$199 (RM636) di Amerika Syarikat (AS).

Komputer itu turut mempunyai perkhidmatan kedai internet Google yang menjual pelbagai genre filem, muzik dan lagu. Bagi menarik minat pelanggan, komputer tersebut akan dijual separuh daripada harga iPad. Ketua Unit Android, Hugo Barra berkata, berat komputer itu sama dengan sebuah buku berkulit keras. Menurutnya, komputer tablet Nexus boleh dipesan di rangkaian kedai Google Play di Kanada, Britain dan AS. Komputer tersebut akan dijual pada bulan depan. - Agensi

Tourists reflect on the world's largest mirror

Salar de Uyuni
Reflection ... Salar de Uyuni salt pan

THESE tourists may look like they’re walking in the air — but they’re actually standing on the world’s largest natural MIRROR.


The amazing phenomenon happens when water falls on the Salar de Uyuni salt pan in Bolivia.

The ground there is so flat that when it rains, there is nowhere for the water to drain away to and it creates a mirror effect which reflects the sky.

And the effect makes for a stunning sight, as these incredible pictures by photographer Takaki Watanabe show.

Salar de Uyuni
Walking in the air ... couple take a stroll

Salar de Uyuni is Earth’s biggest salt pan at an incredible 10,500 square kilometres.

And the South American geological wonder is so flat that NASA uses its surface to calibrate their satellite orbits.

Salt pans occur in areas which would usually form lakes or ponds, but the climate is so hot that the rain evaporates before they can form.

Salar de Uyuni
Looking up ... clouds over the salt pan

The Salar also contains the world’s highest concentration of lithium, which is vital for computer and phone batteries.

Half of the planet’s supply of the precious metal is contained in the area.

Salar de Uyuni
Jump ... tourist seems to be flying

DUIT