23 November 2010

Pelakon filem lucah mahu saman pelakon Hollywood


CAPRI ANDERSON

NEW YORK - Seorang wanita, Capri Anderson yang berada bersama dengan pelakon terkenal, Charlie Sheen di sebuah hotel pada bulan lalu menyatakan pelakon itu melemparkan kata-kata makian terhadapnya.

Menurut pelakon filem lucah itu, Sheen turut membaling lampu meja ke arahnya dan mencekik lehernya.

Anderson menyatakan, dia kini mahu menyaman Sheen kerana memukulnya dan menahannya dengan tidak sah.

Pelakon itu merancang untuk membuat satu laporan jenayah kepada polis New York berhubung kejadian tersebut .

Semasa muncul dalam satu program televisyen ABC, aktres itu menggambarkan kejadian yang berlaku di bilik hotel tersebut semasa dia bersama dengan Sheen.

Selepas kejadian itu, Sheen dilihat dibawa dengan menaiki sebuah ambulans ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan penilaian mentalnya.

Pelakon filem lucah itu menyatakan bahawa dia diupah untuk menemani Sheen menghadiri makan malam.

Bagaimanapun, dakwaan pelakon filem lucah itu dinafikan oleh seorang jurucakap Sheen. - AP

Seni tulisan Cina dilelong RM142.71 juta


GAMBAR menunjukkan skrip seni tulisan Cina yang dilelong RM142.71 juta di Beijing kelmarin.

BEIJING - Satu seni tulisan Cina di atas kain sutera dilelong di Beijing pada harga AS$46 juta (RM142.71 juta), lapor agensi berita Xinhua semalam.

Tulisan Cina itu merupakan salinan hasil kerja Wang Xizhi yang hidup pada 303 hingga 361 Tahun Masihi.

Namun, tulisan Cina yang dilelong kelmarin disalin daripada dinasti Tang yang memerintah pada 618 hingga 907 Tahun Masihi.

Pihak pelelong, China Guardian tidak memberikan maklumat mengenai pembeli seni tulisan Cina itu. - AFP

DUIT