12 Ogos 2011

Projek jalan di Makkah

MAKKAH: Sejumlah 1,800 bangunan akan diambil oleh kerajaan untuk projek lingkaran jalan yang pertama, di sini.

Timbalan Datuk Bandar untuk Pembinaan dan Projek, Jurutera Abbas Qattan berkata, semua pemilik bangunan yang terlibat akan dibayar gantirugi setelah urusan penilaian harta, selesai.

Katanya, kira-kira SR40 billion (RM32 billion) telah diperuntukkan untuk pembayaran gantirugi.

Peruntukan tertinggi kira-kira SR1.3 billion (RM1.04 billion) dibuat untuk pembesaran bahagian halaman utara untuk sebuah bangunan yang menghadap Masjidil Haram dari tepi kawasan Raqouba.


Katanya, penilaian terendah dibuat untuk pembesaran di kawasan Alshubaika, iaitu antara RM 360,000 dan RM 400,000.


Satu projek untuk membina 100,000 unit tandas di enam lokasi di sekitar Masjidil Haram, sudah siap.

Katanya lagi, projek pembesaran di laman bahagian utara dijangka siap sebelum Ramadan tahun depan.

Bercakap tentang projek terbaru, dia berkata, “Kami baru hendak memulakan projek Lingkaran Jalan yang pertama dan sekarang sedang menyelaraskan rancangan dengan badan yang berkenaan.

Projek jalan itu akan bermula dibahagian timur Terowong Ali, merentas Alraqouba, Jabal Hidi dan sambung ke projek Abdullatif Jamel di kawasan Albab hingga ke Jalan Alhafayer di belakang projek Jabal Omar.

“Projek ini akan disambung ke terowong lama yang sekarang sudah ditutup, Terowong Hijla yang bersambung ke Daerah Alghazza melalui Terowong Ali,” katanya.

Selain daripada projek lingkaran itu, ada projek lain dirancang termasuk membina tiga buat stesen besar yang akan dapat menampung sejumlah kereta dan bas.

QPR takeover close as Air Asia tycoon Fernandes jets into London to wrap up deal

Malaysian entrepreneur Tony Fernandes will arrive in the capital on Thursday to tie up a deal for Queens Park Rangers.

Sportsmail exclusively revealed last month how the Air Asia tycoon had held talks with the club’s key shareholder Bernie Ecclestone and his business partner Flavio Briatore over acquiring a majority stake in the club.

Formula One supremo Ecclestone holds a 62 per cent majority shareholding in the club but recently said he would be willing to sell his stake for £100million.

Thumbs up: Air Asia tycoon Tony Fernandes is set to confirm his takeover of QPR

Thumbs up: Air Asia tycoon Tony Fernandes is set to confirm his takeover of QPR

In addition to founding Air Asia, Fernandes is also team principal for F1 outfit Team Lotus and hotel chain Tune Hotels.

Fernandes is preparing to hand QPR manager Neil Warnock a transfer fund of around £10million to spend on players.

Bekas kapal perang jadi hotel


BENTUK kapal perang Kiev.

BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996.

Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin.

Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta).


SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev.

Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi.

Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan. - Agensi

DUIT