22 September 2010

SEJARAH KEBAYA

Sejarah kebaya dapat didefinasikan sebagai pakaian tradisional Melayu dan peranakan Cina. Perkara ini sudah dikaji oleh para sarjana iaitu Denysombard. Beliau menyatakan Kebaya adalah pakaian yang berasal dari bahasa Arab Kba yang bererti pakaian dan diperkenalkan leat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Perkataan kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasa/blouse) pertama yang dipakai oleh wanita Indonesia pada kurun atau abad yang ke-15 atau 16 Masihi. Hujah ombard sudah terima terutama leat analogy penyelusuran lingustik yang sehingga sekarang kita masih mengenali kebaya sebaya Abaya yang bererti unik panjang khas Arab. Sementara sebahagian sarjana yang lain percaya kebaya mempunyai kaitannya dengan pakaian unik perempuan pada masa kekuasaan maharaja Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini menular ke kawasan lain setelah berlakunya imigrasi besar besaran ke semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga 16 Masihi.

KEBAYA PERLIS

Kebaya Perlis adalah kebaya labuh yang biasannya dipakai dengan kain batik lepas, batik sarung atau dijahit satu sut (sepasang). Pada zaman dahulu ia diperbuat daripadaa kain kasa lembut yang agak nipis dan jarang serta digunting mengikut bentuk badan pemakai dan mempunyai pesak yang lebih dan labuh di bahagian belakang. Kebaya ini akan dipakai setiap wanita Perlis pada zaman silam untuk ke majlis keramaian seperti kenduri kahwin, adat istiadat dan sebagainya. Kebaya Perlis kini diberi nafas baru pereka fesyen tempatan dengan pelbagai corak komtemporari dalam usaha untuk memartabatkan semula fesyen ini dalam kalangan wanita Perlis.

SEJARAH MUKIM BUKIT RAYA

Nama Bukit Raya berasal dari nama sebuah bukit di Kampung Bukit Raya Dalam. Kajian sejarah orang tua-tua dan dari pendapat Salleh Puteh, nama Kampung Bukit Raya diambil dari perkataan Bukit Raja. Nenek beliau pernah bekerja dengan keluarga diraja Kedah sekitar 1840.

Kekanda sulung kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Memerintah Negeri Kedah) yang bernama Tengku Rahimah membina sebuah Istana di atas sebuah bukit di kampong itu, lalu bukit itu dinamakan Bukit Raja. Tapak Istana lama dirobohkan dan kerajaan membina Kompleks Bernas. Pada 2006, ia dirobohkan lagi dan sekarang dibina Kompleks baru oleh AlBukhary Holding yang membeli Bernas.


Bukit Raja popular dengan Bukit Raya apabila pengaruh Siam yang memerintah Kedah ketika itu (Sebutan huruf J bertukar kepada sebutan Y) dan pertalian kekeluargaan dengan penduduk di Selatan Thailand masih wujuh sehingga kini. Kampung-kampung yang terlibat seperti Senggora, Kampung Alor Ali, Tok Pauh, Kampung Rambai dan Kampung Alor Mengkuang. Sebahagian orang tua-tua masih boleh bertutur bahas Siam di kampong itu.

Juara wajah lucu pengsan




GREMONT - Detik-detik gembira pada satu pertandingan wajah lucu di Britain bertukar cemas apabila seorang peserta wanita, Anne Woods (gambar) pengsan selepas dia menamatkan persembahannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 62 tahun itu pengsan di luar bilik pertandingan di sini, barat daya England selepas dia diisyitiharkan sebagai juara dunia kategori wanita selepas melakukan persembahan mimik wajah lucu selama empat minit.

Dia dipercayai pengsan akibat keletihan.

Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah hospital berdekatan pada Sabtu lepas dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

"Saya keluar dari bilik pertandingan untuk mengambil angin dan melihat Woods terbaring di atas lantai," kata seorang peserta lelaki, Tommy Mattinson yang merupakan juara dunia wajah lucu bagi kategori lelaki.

Pertandingan wajah lucu sedunia diadakan sempena Festival Ketam Egremont yang diraikan pada setiap tahun di Britain sejak tahun 1267. - Agensi

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari


GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.


LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

DUIT