17 September 2010

TAHUKAH ANDA : MUZIUM PADI

Muzium Padi merupakan muzium yang menerangkan mengenai penanaman dan penuaian padi di Kedah yang terkenal dengan Negeri Jelapang Padi.

Muzium Padi terletak di Gunung Keriang turut mempamerkan kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, termasuk layang-layang dan gasing.

Muzium ini terbahagi kepada dua tingkat ruang pameran dan di tingkat atas memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati lakaran permadangan Gunung Keriang.

Muzium Padi beroperasi setiap hari pada jam 9 pagi hingga 5 petang, namum pada Jumaat, ia tidak beroperasi pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2 [etang.

Bayaran yang dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak tujuh tahun ke atas serta pelajar.

INFO DAERAH : PADANG HANG

Padang Hang bermaksud tempat melihat pertandingan laga kerbau atau lembu yang dibina dari struktur kayu yang bertingkat-tingkat untuk tempat duduk penonton yang merupakan permainan yang popular pada masa dahulu.

Mukim Padang Hang mempunyai keluasan 885.76 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) E II Kubang Sepat.

Keseluruhan kawasan adalah terletak dalam Parlimen Kuala Kedah dan Dewan Undangan Negeri Anak Kedah.

Hampir 93 % penduduknya adalah berbangsa Melayu manakala selebihnya adalah daripada kaum Cina dan Siam. Jumlah penduduk mukim ini ialah seramai 4370 orang.

Mukim ini ditadbir melalui seorang penghulu dan dibantu lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan yang meliputi 21 kampung.

DUIT