04 Januari 2011

Lamborghini Sesto Elemento for Sale at $2.5 Million


The super-cool Sesto elemento concept car unveiled by Lamborghini at the Paris Motor Show in September has been listed for sale by a Moscow exotic auto dealer via online global luxury marketplace JamesList for about $2.5 million. Though not exactly street legal, that's of no consequence if you're an oligarch with your own a private racetrack, of course. The name Sesto Elemento stands for the sixth element in the periodic table, i.e. carbon, and references Lamborghini's mastery of carbon fiber technology.

The supercar weighs only 999 kg making for an impressive power-to-weight ratio of just 1.75 kilograms per hp in conjunction with the V10 powerplant producing 570 hp. It can do 0 – 62 mph in just 2.5 seconds and hit a top speed of nearly 190 mph, though with lower fuel consumption and thus lower emissions than a heavier vehicle. The carbon fiber theme carries over to the interior as well, finishing the doors, cockpit and center console. Lamborghini has said that the car may go into a limited production run of 20 examples for track use only, but that will likely take a while.

Kaji dulu tawaran kelab luar


NORSHAHRUL (kanan) antara pemain yang turut dipancing kelab Indonesia.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengi- ngatkan pemain bola sepak negara yang kini 'dipinang' kelab luar negara, agar hanya menimbang tawa- ran yang dapat meningkatkan kece- merlangan mereka.

Beliau berpendapat, tawaran pasukan hebat seperti dari Korea Sela- tan dan Jepun wajar diterima kerana langkah itu mampu meningkat- kan prestasi pemain terbabit.

"Saya yakin dalam membuat keputusan nanti, pemain negara mampu membuat penilaian yang sewajar- nya dan tidak ghairah dengan tawa- ran lumayan yang diterima," kata- nya semalam.

Beliau berkata demikian ketika di- minta mengulas mengenai beberapa pemain kebangsaan seperti Mohd. Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilaporkan menjadi buruan kelab Indonesia setelah skuad negara berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010.

Sebelum itu, Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada delegasi pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Dunia di Brazil.

Sementara itu, Presiden Pasukan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh pula menasi- hatkan pemain kebangsaan agar tidak terlalu ghairah dengan tawaran hingga menjadikan 'anak tinggalkan ayah' dan melupakan sumbangan pasukan negeri masing-masing serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Jika ada pemain yang ingin berhijrah atas faktor bayaran tinggi, mereka tidak dapat belajar apa-apa yang baru di sana dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghampakan harapan seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menunggu bintang beraksi dalam Liga Malaysia," katanya.

Peminat bola sepak tempatan, Riduan Said, 35, pula berkata, dia akan berasa kecewa jika pemain kebangsaan sanggup meninggalkan pasukan sendiri semata-mata ingin mencari duit lebih.

"Saya harap pemain kita tidak akan kecewakan rakyat Malaysia kerana kejayaan di Piala Suzuki bukan milik individu, sebaliknya ia merupakan milik seluruh rakyat di negara ini," katanya. - Bernama

Bekas model Playboy tidak lagi bertudung


CYNTHIARA ALONA semasa dia memakai tudung.

JAKARTA - Pelakon filem dan model yang pernah tampil dalam majalah Playboy Jepun dan Singapura, Cynthiara Alona mengaku kembali tidak memakai tudung sejak kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon filem seram Indonesia, Paku Kuntilanak dan Susuk Pocong itu menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bererti dia akan kembali tampil lebih seksi seperti sebelum memakai tudung.

Dia hanya memakai tudung selama tujuh bulan.

"Saya ingin jadi diri sendiri dan berkarier. Jadi masih belum perlu pakai jilbab (tudung) dululah," katanya.

Cynthiara, 25, menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk tidak terlibat dalam membintangi filem yang berunsurkan seks lagi.

"Aku akan cuba berhenti berlakon di dalam filem panas lagi," katanya.

Dia sebelum ini menggegarkan Indonesia kerana beberapa gambar bogelnya tersebar di Internet. - Agensi

Saintis cipta hujan lebat di gurun




DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi

Pengasas Facebook makin kaya


MARK ZUCKERBERG

NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.

Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi

Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam


SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin.

MADRID - Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon.

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

DUIT