12 Januari 2010

Hakikat Penyakit Riak

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6





Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebabdan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjukkelebihan kepada orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujurdan suka berpura-pura.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat jugaorang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapatperhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana diasememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat padapermulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itusering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapussedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dansebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorongdan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaanriak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan makaamalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam

PROTON EXORA ISTERIKU


Ini merupakan kenderaan yang isteri aku beli pada 21 Disember 2009. Gambar ini diambil sebelum dilakukan pengubahsuaian.





Ini pula gambar kereta yang diambil selepas dilakukan pengubahsuaian di mana isteri aku menambahkan 'skirt' dan mirrow di belakang.

Isteri aku bagi komen yang dia puas hati dengan kereta ini kerana selesa dan luas. Anak-anak aku pula lagi la seronok kerana datang lompat depan belakang.


Kami sekeluarga memang suka dengan kereta ini dan ia bersesuai dengan semua orang.

Sokonglah kereta buatan MALAYSIA kerana ia memang berkualiti.

PM Mahu Sektor Awam Profesional Tanpa Kecenderungan Politik

PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik.

Perdana Menteri berkata ini membolehkan penjawat awam menyokong serta menterjemahkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.

"Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan.

"Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini, pada hari Isnin.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Pengerusi SPA Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.

Najib berkata penjawat awam juga mesti berani tampil ke hadapan dan berada di kelok pembaharuan dalam menggalas transformasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara moden yang lebih disenangi.

Beliau berkata transformasi itu bukan bererti peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi daripada pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang matang, tinggi tahap pendidikan dan nilai yang lebih kukuh.

"Hari ini kita berada pada abad ke-21 yang lebih mencabar jika dibandingkan pada masa lepas. Kita berdepan dengan pelaku-pelaku baru terhadap negara kita yang kini menjadi pesaing.

"Kita juga berdepan dengan tuntutan masyarakat kita yang lebih terdidik dan matang serta mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan," katanya.

Perdana Menteri juga mahu sektor awam bersikap lebih bersedia kepada cabaran masa kini yang lebih kompleks dan menghadapi persaingan daripada negara-negara yang dulunya tertutup tetapi kini bersikap lebih terbuka.

Dalam pada itu, Najib mahu penjawat berani membuat keputusan dan pelaksanaan secara pantas tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan awam.

"Pantas bukan bermaksud terburu-buru tetapi pantas dan tepat. Dulu saya ada dengar di hujung telinga, kalau orang awam hendak sesuatu, dengan segera respons kita kata tidak.

"Kalau hendak, biar mereka membuat rayuan tetapi sekarang cara itu sudah tidak sesuai lagi kerana masyarakat mempunyai harapan yang tinggi, mereka hendak kerajaan memberikan maklum balas," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Sijil MS ISO 9001:2008 SPA dan melancarkan Kaedah Pengambilan Secara Profiling (MyRecruitment) suruhanjaya berkenaan.
-- BERNAMA

08 Januari 2010

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) IBU BAPA MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sebagaimana kita ketahui bahawa matlamat utama pengurusan pendidikan adalah untuk melihat manusia sebagai modal yang dinamakan modal insan dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara mahu pun kemajuan bangsa dan negara . Modal ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuan sebelum dimanfaatkan. Kualiti hidup tidak sahaja diukur daripada memiliki ijazah dari dalam dan luar negara tetapi diukur juga dengan kekuatan akhlak dan peribadi yang menampilkan nilai kemanusiaan yang tinggi.

Dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti, maka kecemerlangan bidang pendidikan tidak hanya diberikan oleh pihak sekolah bahkan ia bergantung kepada ibu bapa di rumah . Kedua-dua institusi ini iaitu rumahtangga dan sekolah saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak. Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6:
Maksudnya:” Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.

Keluarga adalah asas menentukan dasar pembinaan akhlak anak . Bila tumpuan ibu bapa terhadap keluarga berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari dalam perut ibu lagi sehinggalah anak itu mencapai akil baligh . Dengan demikian mimbar menasihatkan jemaah dan ibu bapa sekalian bahawa dalam tempoh kritikal ini, ibu bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun.

Jika kita tidak mengambil berat, maka anak-anak akan terdedah dengan gejala rosak akidah, hilang kemulian akhlak dan maruah juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau yang buruk dalam kehidupan mereka.

Menurut Yusuf al-Qardawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H bahawa kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka dalam krisis gejala sosial.

Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW , seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa sendiri. Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu bapa menentukan kejayaan pendidikan anak-anak, maka ibu bapa perlu menetapkan sekurang-kurangnya 6 petunjuk prestasi utama atau KPI ibu bapa seperti berikut:

Pertama : Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari sama ada secara berjemaah atau bersendirian,
Kedua: Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari,
Ketiga : Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin setiap hari ,
Keempat : Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu,
Kelima : Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak sekurang-kurangnya mencapai 80%, dan
Keenam: Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi pembelajaran anak-anak.

Ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berjaya meletakkan generasi pewaris berjaya membentuk modal insan yang berkualiti soleh.

Maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’am: 165)

07 Januari 2010

Selamat Menyambut Kelahiran...

Pada 6 Januari 2010 yang lepas, anak aku yang kedua ( Muhammad Aqil Rasyid ) telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-5 tahun.


Ini adalah gambarnya ketika berumur 3 tahun. Anak aku ini mempunyai penyakit asma yang biasa. Aku diberitahu oleh doktor, penyakit akan hilang apabila ia meningkat usia.

Dengan wajahnya yang comel, ramai rakan-rakan kenalan menyatakan anak ini sangat istimewa. Kemana sahaja ia pergi pasti orang akan tertarik dengannya.

Pada 4 Januari 2010, anakku telah memulakan alam persekolahan. Aku menempatkannya di D'Monte Sungai Dua. Abangnya sebelum ini juga bersekolah di tempat yang sama. Pada awalnya anakku ini tidak mahu kesekolah dan menangis di rumah lagi. Aku macammanapun memaksa ia pergi ke sekolah juga. Ini adalah untuk kebaikannya juga.




Sekarang ini, ia seronok untuk kesekolah dan bersemangat mengalahkan abangnya sehingga memarahi abangnya setiap kali lambat untuk menyiapkan diri ke sekolah.

Abah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kelahiran dan Semoga bertambah rezeki abah dan ibu bagi mengharungi kehidupan mendatang yang mencabar.

Golongan Lelaki yang Akan Ditarik Oleh Wanita ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka. Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau erlepas… kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.

4.. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

Pesanan Nabi Sebelum Tidur

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan


Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan

DUIT