01 November 2011

Dapat RM3.06 juta menang siri tunggang lembu jantan


SILVANO ALVES menunggang seekor lembu jantan dalam siri pertandingan akhir penunggang profesional di Las Vegas kelmarin.


LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Pemuda berusia 23 tahun dari Brazil, Silvano Alves memperoleh hadiah wang tunai AS$1 juta (RM3.06 juta) selepas menjadi juara menunggang lembu jantan dunia di Las Vegas kelmarin.

Dia merupakan peserta keempat dari Brazil memenangi gelaran dunia itu dalam tempoh enam tahun berdasarkan kutipan mata dan persembahan dalam musim penunggang lembu jantan profesional.

"Saya sebenarnya tak dapat berkata-kata. Saya amat gembira dengan keputusan. Ini adalah satu mimpi bagi setiap penunggang lembu jantan," katanya.

Alves memenangi gelaran dunia itu walaupun dia hanya menduduki tempat ketiga dalam siri terakhir pertandingan penunggang lembu jantan profesional yang diadakan di sini kelmarin.

Dalam pertandingan itu, Robson Palermo juga dari Brazil menduduki tempat pertama dan membolot hadiah wang tunai AS$250,000 (RM767,374). - Agensi

Puss in Boots atasi filem Paranormal Activity 3


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Puss in Boots.


LOS ANGELES - Filem animasi, Puss in Boots mendahului tayangan filem seram, Paranormal Activity 3 untuk berada di tangga teratas buat pertama kali dalam senarai kutipan box-office di Amerika Utara pada hujung minggu lalu.

Filem yang menggunakan suara aktor Antonio Banderas, Salma Hayek, Zach Galifianakis, dan Billy Bob Thornton itu mendapat kutipan tiket AS$34 juta (RM104juta), lapor pemantau industri hiburan Exhibitor Relations.

Filem Paranormal Activity 3 pula berada di tangga kedua dengan mengutip sebanyak AS$18.53 juta (RM56.9 juta).

Ia dikuti filem sains fiksyen, In Time lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried dengan kutipan AS$12 juta (RM36.8juta).

Versi baharu filem tarian 80-an, Footloose jatuh ke kedudukan keempat dengan kutipan AS$5.4 juta (RM16.5 juta). - AFP

DUIT