25 Mac 2010

Empat insentif Jalur Lebar Negara

NAJIB menaiki papan lungsur sebagai gimik perasmian pada pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan HSBB di Dataran Merdeka, malam tadi. Turut hadir, Muhyiddin, Rais, Dr Halim (kiri); KSU KPKK, Kamaruddin Siaraf (tiga dari kanan); Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli (dua dari kanan) dan  Zamzamzairani.
NAJIB menaiki papan lungsur sebagai gimik perasmian pada pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara dan HSBB di Dataran Merdeka, malam tadi. Turut hadir, Muhyiddin, Rais, Dr Halim (kiri); KSU KPKK, Kamaruddin Siaraf (tiga dari kanan); Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli (dua dari kanan) dan Zamzamzairani.

Strategi tepat untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara maju: Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasikan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara abad ke-21 kerana perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Insentif yang diumumkan sempena majlis pelancaran NBI dan HSBB di Dataran Merdeka adalah:

  • Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;

  • Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;

  • e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan
  • Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak.

    Selain itu, katanya, sebagai tambahan kepada insentif berkenaan, RM1 bilion akan digunakan daripada Dana Khidmat Sejagat (UPS) dengan persetujuan penyedia perkhidmatan untuk digunakan bagi mengagihkan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.

    Katanya, pembahagian komputer riba itu akan dirunding dengan Kementerian Pelajaran dan menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ini.

    “Telekom Malaysia (TM) juga bersetuju memperkenalkan pakej jalur lebar berserta rangkaian dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 manakala kawasan Penyedia Perkhidmatan Universal (USP), jumlahnya dikurangkan lagi kepada RM20,” katanya.


  • - Sumber Dari Berita Harian, 25.03.2010

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    DUIT