22 April 2010

Tip Sihat: Jangan Makan Jika Bosan

Sungguhpun begitu, snek sebeginilah yang selalu menjadi pilihan kerana mudah didapati, dan sering pula disimpan untuk menghadapi saat-saat lapar.
Cuba fikir, mengapa anda ambil snek, atau makan makanan ringan di luar waktu makan? Adakah disebabkan benar-benar lapar, atau kerana bosan dan tidak mempunyai aktiviti lain?
Alasan yang sering didengar ialah: “Tak ada masa nak masaklah,” “Tadi tak sempat nak keluar makan tengahari,” atau, “Bosan, tak ada benda nak buat, jadi makanlah!”
Ok, kita terima alasan-alasan itu. Anda boleh ambil snek, tetapi perlulah bijak memilih makanan yang berkhasiat, tidak menyumbang kepada masalah obesiti, dan seterusnya memudaratkan kesihatan.



Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengelak daripada makan snek yang tidak sihat:
1. Makan (makanan sihat) berulang kali, tetapi sikit-sikit. Dengan cara ini, anda tidak perlulah mengalas perut dengan gula-gula, coklat, atau makanan-makanan ringan lain.
2. Elakkan sebarang godaan. Jangan simpan snek dalam beg, peti sejuk, almari atau laci di rumah mahupun di tempat kerja. Jika ke pasaraya, elak bahagian snek atau makanan ringan. Sekiranya anda singgah ke sana, bimbang anda ‘tergoda’ untuk membelinya.



3. Apabila membeli-belah, tukar cara berfikir; ingat yang sihat dan baik untuk kesihatan saja. Contohnya, salad, sayur-sayuran, yogurt, produk bijirin penuh dan elakkan makanan yang diproses.
4. Minum banyak air kosong atau minuman semula jadi seperti jus buah-buahan segar, teh hijau, susu rendah lemak atau minuman yogurt.
5. Jika kebosanan membuat anda makan snek, atasinya dengan melakukan aktiviti lain yang lebih sihat; bersenam, mengemas rumah, menghabiskan kerja-kerja tertangguh dan sebagainya. Itu adalah lebih baik daripada makan makanan ringan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT