27 September 2010

DISEBALIK JENAMA : Colgate-Palmolive



Colgate-Palmolive Company adalah perusahaan multinasional dari amerika Syarikat (AS) yang memberi focus kepada industry mencipta, mengeluar dan mengedar produk-produk penjagaan diri seperti sabun, detergen dan produk kesihatan mulut seperti ubat gigi dan berus gigi.

Pada 1806, Henry W Colgate membuka sebuah perusahaan tepung kanji, sabun dan lilin di Dutch Street, New York City di bawah nama William Colgate & Company.


Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula menjual produknya dalam saiz individu yang mempunyai berat isi kandungan seragam.

Pada 1857, William Colgate meninggal dunia dan perusahaannya berganti nama menjadi ‘Colgate & Company di bawah pengelolaan anaknya Samuel Colgate.


Pada 1872, Colgate memperkenalkan Cashmere Bouquet iaitu produk sabun wangi. Pada 1873, perusahaan itu memperkenalkan produk ubat giginya yang pertama iaitu ubat gigi beraroma yang dijual dalam stokes kecil dan selepas 35 tahun iaitu pada 1908 syarikat mula menjual ubat gigi dalam bentuk tiub.

Sementara itu di Milwaukee, perusahaan BJ Johnson Company pula menjalankan industry membuat sabun. Produk sabunnya dibuat daripada intipati minyak kelapa dan minyak zaitun. Sabun keluaran perusahaan ini cukup popular sehingga perusahaan itu kemudiannya memberikan nama seuai untuk produk sabun tersebut sebagai Palmolive.

Selang beberapa tahun kemudian, sebuah perusahaan sabun terkenal iaitu Peet Brothers bergabung dengan Palmolive-Peet pada 1928. Setelah itu, ia sekali lagi bergabung dengan Colgate Company di bawah nama Colgate-Palmolive-Peet Company. Namum pada 1953 nama ‘Peet’ dikeluarkan yang akhirnya menggunakan nama ‘Colgate-Palmolive Company’ saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT