29 September 2010

'Monyet' jadi pengawal


langur terlatih kini menjadi pengawal khas Temasya Delhi XIX untuk menghalang gangguan monyet-monyet liar di tempat awam dan venue pertandingan. - AP

NEW DELHI - Pihak berkuasa Delhi akan menempatkan satu kontinjen langur, spesies monyet besar di beberapa venue Sukan Komanwel untuk membantu menghalau monyet-monyet yang lebih kecil daripada menganggu Temasya Komanwel XIX.

Bermula hari ini, 10 ekor langur akan ditempatkan di luar beberapa buah venue temasya di ibu negara India itu, terutama di Kompleks Renang yang dilihat kerap menjadi tumpuan monyet-monyet nakal, kata seorang pegawai Sukan Komanwel.

Majlis Perbandaran New Delhi (NDMC) sebelum ini mempunyai satu pasukan langur terlatih yang sering digunakan untuk menakutkan monyet-monyet kecil di kawasan orang-orang kenamaan.

"Bermula esok (hari ini) dan seterusnya, kami akan menambah jumlah langur dari 28 kepada 38 ekor,'' kata seorang pegawai NDMC kepada agensi berita India, Press Trust of India semalam.

Sehingga kini, haiwan sering memeningkan kepala penganjur, yang sudahpun dihimpit pelbagai masalah lain, termasuk anjing liar dan ular di venue Perkampungan Sukan.

Kehadiran monyet di bandar raya Delhi merupakan perkara biasa, di mana mereka sering mengganggu pejabat kerajaan, malah balai polis.

Pada 2007, timbalan datuk bandar New Delhi maut akibat terjatuh selepas diserang sekumpulan monyet di rumahnya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT