14 September 2010

Saiz selebar poket



Kebanjiran telefon pintar di pasaran kini seolah-olah tidak dapat dibendung dengan pelbagai kelainan dan ciri-ciri mengujakan.

Rata-rata syarikat pengeluar telefon bimbit kini berlumba-lumba untuk menghasilkan produk terbaik mereka bagi memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.

Tidak ketinggalan, HTC Corporation yang terkenal sebagai pereka telefon pintar terkemuka dunia turut kembali menonjolkan 'taring' dengan mempertaruhkan HTC Aria™ bersaiz poket.

Dilengkapi dengan kamera lima mega piksel, paparan HVGA 3.2 inci serta fungsi-fungsi lain yang terdapat pada mana-mana telefon pintar.

Melalui sentuhan sensor HTC terbaru, HTC Aria menawarkan pelbagai kelebihan untuk melayari laman web menarik seperti Friend Stream yang membawakan anda kepada Facebook, Twitter dan Flickr dalam paparan yang mudah dan ringkas.

HTC Aria™ juga merupakan antara telefon terbaik bagi mereka yang baru bermula untuk berjinak-jinak dengan teknologi telefon pintar atau android.

Selain laman sembang sosial, HTC Aria™ turut menawarkan pilihan penuh terhadap laman carian terkenal, Google.

Ia termasuk Google search, Google Maps, Google Maps Navigation, Gmail, YouTube dan pelbagai lagi dan pilihan sehingga 70 ribu aplikasi menerusinya.

Hanya sekecil 10 sentimeter (sm) panjang dan seberat 115 gram (g) termasuk bateri, HTC Aria™ sangat selesa untuk berada di dalam genggaman anda serta dibawa ke mana-mana sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT