17 September 2010

TAHUKAH ANDA : MUZIUM PADI

Muzium Padi merupakan muzium yang menerangkan mengenai penanaman dan penuaian padi di Kedah yang terkenal dengan Negeri Jelapang Padi.

Muzium Padi terletak di Gunung Keriang turut mempamerkan kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, termasuk layang-layang dan gasing.

Muzium ini terbahagi kepada dua tingkat ruang pameran dan di tingkat atas memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati lakaran permadangan Gunung Keriang.

Muzium Padi beroperasi setiap hari pada jam 9 pagi hingga 5 petang, namum pada Jumaat, ia tidak beroperasi pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2 [etang.

Bayaran yang dikenakan RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak tujuh tahun ke atas serta pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT