15 Oktober 2010

iPhone 4 lebih mudah retak - SquareTrade




SAN FRANCISCO 14 Okt. - Sebuah firma yang menjual waranti gajet-gajet mendakwa keluaran telefon pintar terbaru Apple hampir dua kali lebih mudah retak berbanding keluarannya sebelum ini.

SquareTrade yang menganalisis insiden-insiden melibatkan lebih 20,000 model iPhone 4 mendapati skrin telefon pintar itu 82 peratus lebih kerap pecah berbanding iPhone 3G.

"Daripada data untuk tempoh empat bulan sahaja jelas menunjukkan iPhone 4 lebih mudah mengalami kerosakan fizikal berbanding keluaran telefon pintar Apple sebelum ini.

"Walaupun masalah ini semakin meningkat, secara keseluruhan, iPhone masih merupakan pencipta alatan terbaik dengan kadar masalah aplikasi lebih rendah berbanding pengeluar barangan elektronik lain," kata SquareTrade.

Menurut firma itu lagi, skrin pecah atau retak merupakan kerosakan yang paling banyak dialami oleh iPhone 4.

Telefon pintar terbaru ini mempunyai kaca di bahagian hadapan dan belakang, menyebabkannya dua kali lebih banyak mengalami 'calar di permukaan'.

Laporan kadar insiden untuk iPhone 4 ialah 68 peratus, lebih tinggi daripada model iPhone 3G.

TradeSquare turut menganggarkan kira-kira 15.5 peratus pemilik iPhone 4 akan mengalami insiden dengan gajet ini sebelum berusia setahun. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT