12 Oktober 2010

Pemuzik kudung juara China's Got Talent


GAMBAR fail menunjukkan Liu Wei bermain piano dengan kakinya di Shanghai pada 26 Ogos lalu.


SHANGHAI - Seorang pemuzik yang kudung tangannya, Liu Wei menjuarai program pencarian bakat, China's Got Talent, selepas dia bermain piano dengan menyampaikan lagu cinta You're Beautiful nyanyian James Blunt dengan menggunakan kakinya di hadapan penonton di Stadium Shanghai, di sini.

Ketiga-tiga juri program tersebut kelmarin memuji Wei, 23, kerana keazamannya dan menggesa pemuda itu supaya terus mengejar impiannya.

Wei yang berasal dari ibu negara China, Beijing, berkata, dia akan terus berusaha menggapai impiannya.

"Sekurang-kurangnya saya memiliki kaki yang sempurna," katanya.

Sebagai pemenang, Wei akan diundang untuk menunjukkan persembahannya bersama penyanyi wanita popular Taiwan, Jolin Tsai selain memenangi kontrak persembahan muzik.

Program berkenaan yang bermula Julai lepas merupakan sebahagian program francais televisyen Britain's Got Talent yang diasaskan oleh Simon Cowell dan ditayangkan di lebih 30 negara. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT