14 Disember 2010

Drogba tidak puas hati


DROGBA hanya mampu bersedih selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi Chelsea menentang Spurs kelmarin.

LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui Didier Drogba berada dalam situasi tidak berpuas hati selepas sekadar diletakkan di bangku simpanan musim ini.

Begitupun, Ancelotti tetap memuji prestasi yang dipamerkan penyerang antarabangsa Ivory Coast itu ketika dimasukkan pada pertemuan menentang Tottenham Hotspurs (Spurs) dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di White Hart Lane itu, Drog- ba, 32, muncul penyelamat maruah skuad The Blues apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-70 untuk mencatat keputusan seri 1-1.

Namun, Drogba gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada lewat babak perlawanan.

Terdahulu, Spurs membuka tirai jaringan menerusi Roman Pavlyuchenko seawal minit ke-15.

"Drogba beraksi begitu baik sekali apabila dia dimasukkan pada babak kedua perlawanan dan dia telah bekerja keras untuk tampil dengan aksi cemerlang.

"Tetapi dia (Drogba) kecewa apabila dia tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama," jelas Ancelotti.

Keputusan seri itu telah melebarkan kemarau kemenangan yang dialami The Blues dalam lima perlawanan sebe- lum ini.

"Saya mahu pemain-pemain saya beraksi dengan corak permainan secara serangan balas yang mana menggunakan kepantasan Nicolas Anelka untuk mencipta pelu- ang bagi menjaringkan gol.

"Jika sepakan penalti yang diambil oleh Drogba itu gagal diselamatkan penjaga gol Spurs, sudah pasti kami berjaya mengutip tiga mata penuh," kata Acelotti. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT