15 Disember 2010

Lampard: Chelsea akan bangkit memburu gelaran juara

LONDON - Frank Lampards yakin Chelsea mampu mempertahankan gelaran Liga Perdana England sekiranya mereka mengulangi persembahan seperti menentang Tottenham, Ahad lepas.

Lampard kembali beraksi selepas berehat selama tiga setengah bulan ketika The Blues diikat 1-1 pada perlawanan di White Hart Lane itu.

Pemain berusia 32 tahun itu diturunkan pada 12 minit terakhir perlawanan yang sepatutnya dimenangi juara bertahan itu, namun kegagalan Didier Drogba menyempurnakan penalti pada masa kecederaan menyaksikan pasukannya gagal merampas kedudukan teratas liga.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea terus mengalami prestasi terburuk selama sedekad, namun persembahan mereka ketika menentang Spurs dilihat satu lagi peningkatan berbanding empat perlawanan terakhir yang gagal dimenangi mereka.

"Sekiranya kami bermain dengan semangat seperti yang kami tunjukkan, saya yakin kami akan memenangi gelaran liga kerana kami memiliki kualiti dalam pasukan kami," kata Lampard.

"Krisis kecederaan memburukkan lagi keadaan kami, ada kalanya ia memberi kesukaran kepada kami. Tetapi dengan semangat dan kemampuan kami, jika kami bermain seperti itu, saya ada keyakinan yang kami mampu melakukannya.

"Kalau kami berada pada prestasi terbaik, maka saya rasa kami mampu memenanginya musim ini." - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT