14 Januari 2011

Beli hartanah di London

KUALA LUMPUR - Maybank menyasarkan untuk mengagihkan lebih daripada RM60 juta untuk kemudahan gadai janji terbarunya iaitu 'Skim Pinjaman Gadai Janji Seberang Laut' dalam tempoh enam bulan ini.

Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat berkata, skim tersebut ditawarkan untuk mereka yang membeli hartanah di London, United Kingdom.

"Ini ialah ekoran penilaian hartanah yang menarik di London dan minat belian seberang laut akan memuncak sebelum April 2011 apabila cukai jualan lima peratus yang baru dilaksanakan untuk hartanah melepasi satu juta pound sterling," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah beliau, ringgit yang kukuh berbanding pound sterling pada masa ini merupakan antara faktor yang akan menggalakkan rakyat Malaysia membeli hartanah di sana sebelum kenaikan yang dijangkakan pada separuh kedua tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT