07 Februari 2011

250 ahli keluarga keturunan Yahya Mohd. Ali berkumpul


SEBAHAGIAN ahli keluarga Yahya Mohd. Ali berkumpul dalam satu majlis di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

TASEK GELUGOR 6 Feb. - Kira-kira 250 ahli keluarga Yahya Mohd. Ali dari beberapa negeri berkumpul dalam satu majlis yang berlangsung di Kampung Permatang Kerai Besar, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada beberapa generasi kepada waris Yahya dan isterinya, Che Mah Sulaiman yang masing-masing meninggal dunia pada 1980 dan 1997.

Penganjur perhimpunan, Mohd. Jamil Abdul Rahman, 57, berkata, pada peringkat permulaan, seramai 400 ahli keluarga mendaftarkan kehadiran.

Bagaimanapun, katanya, pada majlis itu, hanya 250 orang dapat berkumpul.

"Mereka datang dari seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Kedah.

"Ada di antara mereka yang pertama kali bertemu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, perjumpaan kali kedua dirancang pada bulan depan di ibu negara dengan pelbagai aktiviti menarik sedang disusun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT