08 April 2011

Taiwan wujudkan zon seks

TAIPEI: Kerajaan Taiwan merancang untuk mewujudkan sebuah daerah 'lampu merah' sah di sisi undang-undang supaya mudah mengawasi perdagangan seks dan melindungi hak pekerja seks.

Di bawah cadangan itu, pekerja seks boleh memohon lesen untuk beroperasi dalam zon dibenarkan dan didenda jika beroperasi di tempat lain bersama pelanggan.

Pelacur ketika ini berdepan penjara tiga hari atau denda sehingga Tw$30,000 (RM3,029) jika diberkas menyediakan perkhidmatan seksual sementara pelanggan tidak dihukum.
“Kerajaan bercadang membuka industri seks secara sederhana untuk menguatkuasakannya mengikut majoriti pendapat awam,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Liu Wen-shih, yang dijangka menghantar cadangan kepada Kabinet bulan depan.

Satu undian dijalankan kementerian lewat tahun lalu mendapati 76.5 peratus bersetuju dengan pembukaan bersyarat perdagangan seks itu, sementara 14.5 peratus mahukan larangan dan 7.6 peratus menyokong pembukaan tanpa syarat.

Ketika tiada angka rasmi skala untuk industri seks Taiwan, pemerhati menganggarkan ia membabitkan ratusan ribu orang dan menjana satu bilion dolar (RM3 bilion) setahun. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT