16 Jun 2011

Hugh Hefner batal kahwin tunang 25 tahun


Crystal Harris


LOS ANGELES 15 Jun - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner semalam mengumumkan perkahwinan dengan tunangnya berumur 25 tahun pada hujung minggu ini dibatalkan.

Hefner, 85, berkata, perkahwinan tersebut dibatalkan selepas tunangnya itu, Crystal Harris menukar fikirannya.

Mereka berdua dijangka berkahwin di Rumah Agam Playboy di sini Sabtu ini di hadapan lebih 300 tetamu.

Ia sepatutnya menjadi perkahwinan ketiga buat Hefner.

''Perkahwinan ini dibatalkan. Crystal bertukar fikiran. Saya kecewa tetapi lebih baik sekarang daripada selepas berkahwin,'' katanya dalam laman web Twitter.

Hefner bagaimanapun menafikan laporan laman web TMZ.com bahawa mereka berdua bertengkar melalui telefon.

Dia berkata, Harris turut mengambil haiwan peliharaan mereka bernama Charlie apabila dia keluar dari rumah agam itu.

Bagaimanapun, Hefner yang ditenangkan oleh rakan-rakan dan bekas isterinya, Kimberley Conrad, mengumumkan dia akan menayangkan filem bertajuk Runaway Bride.

Hariss bertemu Hefner pada parti Halloween pada 2008 dan berpindah ke rumah agam itu selepas beberapa minggu dan kemudian menjadi Playboy Playmate of the Month pada Disember 2009. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT