23 Jun 2011

Sharapova idam gelaran kedua


SHARAPOVA mahu memenangi gelaran kedua Kejohanan Tenis Wimbledon bagi melupakan memori pahit yang dialami selama ini.


LONDON - "Saya perlu meraih kemenangan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon kerana hanya itu sahaja cara terbaik untuk melupakan memori pahit yang saya alami selama ini."

Demikian tegas bekas juara Wimbledon, Maria Sharapova menjelang saingan di gelanggang Kelab Seluruh England itu minggu ini.

Pemain Rusia itu bergelut dengan pelbagai masalah kecederaan sejak dua tahun lalu dan situasi itu telah menjejaskan kedudukannya dalam ranking dunia.

Malah, situasi itu turut mencetuskan tanya tanya mengenai kemampuan Sharapova untuk terus bersaing hebat, sekali gus memenangi gelaran utama.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu seringkali menampilkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa berazam untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.

Sharapova yang kali pertama memenangi gelaran Wimbledon pada usia 17 tahun (2004) kembali melonjak di ranking keenam dunia selepas mara ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Pemain pilihan kelima itu turut beraksi cemerlang dalam kempen terbaharu di Kelab Seluruh England apabila menewaskan rakan senegara, Anna Chakvetadze 6-2, 6-1.

Diletakkan selaku pemain pilihan untuk memenangi kejohanan ini, Sharapova menganggap ia sebagai mimpi yang menjadi kenyataan untuk memenangi gelaran Grand Slam pertama sejak Terbuka Australia 2008.

"Sudah tentu ia sangat penting. Ia bakal menjadi satu pencapaian yang menarik. Tetapi saya berasa sangat gembira untuk melakukan sesuatu yang saya sayang," kata Sharapova.

"Sudah tentu saya beruntung kerana memiliki keyakinan untuk merangkul trofi itu tanpa mengetahui betapa baik sekiranya saya dapat merealisasikan.

"Tetapi saya juga berfikir sebaliknya, jika kamu mahu sesuatu yang buruk dan menyebabkan kamu tidak boleh tidur, di mana kedudukan kamu?.

"Saya fikir, masa akan menentukan dan kamu hanya perlu bersabar serta terus bekerja keras. Lakukan yang terbaik dan selebihnya akan diperoleh dengan sendiri." - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT