20 Jun 2012

Mayweather Jr. atlet paling kaya

NEW YORK - Petinju terkemuka, Floyd Mayweather Jr. yang sedang menjalani hukuman penjara, menjadi atlet berpendapatan termahal dengan anggaran gaji sebanyak AS$85 juta (RM267.75 juta), menurut majalah Forbes dalam kategori 100 ahli sukan yang menerima pendapatan tertinggi.

Mayweather Jr. atau Money menduduki tempat pertama menerusi dua pertarungan popularnya tahun lalu.

Dia sedang menjalani hukuman selama tiga bulan kerana didapati cuba mencederakan bekas teman wanitanya.

Menduduki tempat kedua ialah seorang lagi petinju, Manny Pacquiao dengan perolehan sebanyak AS$62 juta (RM195.30 juta).

Awal bulan ini, peninju dari Filipina itu terlepas kejuaraan WBO (welterweight) kepada Timothy Bradley.

Pemain golf, Tiger Woods yang sebelum ini menerima pendapatan tertinggi sejak 2001 jatuh ke tempat ketiga dengan AS$59.4 juta (RM187.11 juta)

Pemain bola keranjang, LeBron James di tempat keempat dengan perolehan AS$53 juta (RM166.95 juta) diikuti bintang tenis Roger Federer sebanyak AS$52.7 juta (RM166.01 juta).

Bekas pemain Real Madrid, David Beckham di tempat kelapan dengan pendapatan AS$46 juta (RM144.90 juta) manakala pemain tenis Rusia Maria Sharapova sebanyak AS$27.9 juta (RM87.89 juta) - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT