05 Oktober 2012

Ronaldo wira Real



RONALDO tampil cemerlang untuk membantu Real membelasah Ajax 4-1 awal pagi semalam.



AMSTERDAM - Cristiano Ronaldo meledakkan hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Ajax Amsterdam 4-1 pada aksi kedua Kumpulan D kempen Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kemenangan di Arena Amsterdam itu turut melebarkan rekod kemenangan pasukan gergasi Liga Sepanyol itu selepas skuad kendalian José Mourinho menewas- kan Manchester City 3-2 pada aksi pertama dua minggu lalu.

Satu lagi jaringan Real diperoleh mene- rusi Karim Benzema manakala Niklas Moisander menyumbat gol tunggal Ajax. 

Mourinho berkata, kejayaan yang ditempa anak-anak buahnya itu mengukuhkan lagi perancangan pasukan untuk mencapai objektif utama, sekali gus menaikkan keyakinan para pemain. 

"Real sudah kembali. Ini merupakan pencapaian cemerlang kami musim ini. Kami memenangi tiga atau empat perla- wanan secara berturut-turut.

"Kami perlu meneruskannya. kami tidak akan menang kesemua perlawanan tetapi apabila kualiti seseorang pemain mampu diterjemahkan dalam bentuk keputusan, ia sesuatu yang normal," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Ajax, Frank de Noer berkata: "Pemain boleh memberi penghormatan (untuk Real) tetapi kita perlu mengekalkan corak tersendiri. Apa yang saya lihat, kami terlalu menghormati mereka."

Jumlah jaringan mungkin terlalu besar, namun prestasi yang dipamerkan Kenneth Vermeer ketika mempertahankan ga- wang Ajax harus diberi pujian.

Beraksi di hadapan 50,000 penonton, Real lebih pantas menguasai perlawanan, sekali gus meraih sepakan sudut seawal minit ke-10, namun mereka gagal menyem- purnakan setiap peluang yang diperoleh. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT