27 Ogos 2014

Budak lelaki maut disengat obor-obor paling berbisa



OBOR-OBOR kotak merupakan antara makhluk paling berbisa
di dunia.


BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand semalam meminta pelawat di pulau peranginan Koh Phangan agar berwaspada apabila berenang selepas seorang budak lelaki warga Perancis berumur lima tahun mati disengat obor-obor paling berbisa di dunia.
Mangsa yang bercuti bersama keluarganya mati pada Sabtu lalu selepas dia disengat obor-obor kotak yang disifatkan antara makhluk paling berbisa di Bumi.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mati akibat sengatan obor-obor kotak," kata Leftenan Polis, Saengroj Somrotrat kepada agensi berita AFP.
Koh Phangan yang terletak di Teluk Siam dekat Koh Samui sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Sengatan obor-obor kotak yang mempunyai belalai sepanjang antara 2 hingga 3 meter itu boleh membawa maut kepada manusia.
Haiwan itu hidup dengan memakan ikan kecil dan spesies krustasia seperti udang.
- AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT