18 September 2014

Mourinho mahu Hazard kekal di Stamford Bridge



HAZARD tiba di Chelsea selepas dibeli dengan harga RM166 juta dari Lille dan kini menjadi nadi penting jentera serangan The Blues.


LONDON - Jose Mourinho menjangkakan Eden Hazard akan menandatangani kontrak jangka panjang bersama Chelsea selepas mengumumkan pemain tengah Belgium itu kini sedang berunding mengenai lanjutan perjanjian.

Pemain berusia 23 tahun yang dibeli dari Lille menerusi yuran perpindahan bernilai £32 juta (RM166 juta), menjadi salah seorang nadi penting The Blues.

Hazard masih memiliki baki tiga tahun kontrak semasanya tetapi Mourinho percaya Chelsea mahu mengekalkan khidmatnya lebih lama sebagai usaha untuk menjauhkan minat daripada kelab-kelab lain.

"Kami memiliki harapan besar yang mana dia bakal menjadi pemain yang lebih hebat pada masa akan datang," ujar Mourinho.

"Dia seorang pemain yang kami mahu kekalkan. Ia benar bahawa Chelsea sedang berunding mengenai perjanjian baharu bersama Hazard.

"Namun, saya fikir tidak akan menjadi satu persoalan yang mana saya percaya (Hazard) akan menandatangani kontrak baharu.

"Dia mahu memberikan khidmat kepada kami dan kami mengharapkan khidmatnya untuk Chelsea demi masa depan pasukan ini." - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT