21 September 2010

TAHUKAH ANDA : MASJID NEGERI ARAU, PERLIS

Masjid ini didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini.

Bahagian tengah masjid diperbuat daripada batu manakala bahagian lain kebanyakannya diperbuat dari kayu. Kecubung masjid adalah jenis kecubung besar yang berdinding kaca berwarna hijau. Manakala pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada zink tebal yang mempunyai bucu empat segi sementara tiangnya diperbuat daripada bata-bata dan tanah liat yang diadun dengan putih telur ayam dan telur itik.

Pintu dan alang pula diperbuat daripada kayu yang teguh sementara lanyai masjid yang pada awalnya berasal daripada tanah liat namum kemudiannya telah disemen oleh generai baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT