01 Disember 2010

Cheryl ditawar RM14.6j jadi juri




LONDON - Anggota kumpulan pop Girls Aloud, Cheryl Cole (gambar) mendapat tawaran lumayan £3 juta (RM14.6 juta) untuk menjadi juri program pertandingan nyanyian popular, X Factor di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi berusia 27 tahun itu menerima tawaran rasmi sebagai juri pada Sabtu lepas, seminggu selepas beberapa eksekutif stesen televisyen Fox tiba di sini untuk menyaksikan dia mengadili program X Factor Britain.

Cheryl akan menyertai pengasas X Factor, Simon Cowell, 51, dalam program realiti di AS tersebut.

Pada minggu lalu, Cowell yang merupakan jutawan industri muzik mendedahkan bahawa dia merancang untuk mendedahkan nama-nama juri X Factor di AS pada bulan ini. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT