23 Februari 2016

Kereta Aston Martin James Bond dijual AS$3.5 juta



KERETA Aston Martin DB10 ini dijual pada harga AS$3.5 juta dalam satu acara lelongan di Britain baru-baru ini. - AGENSI


LONDON – Sebuah kereta sport terkemuka jenama Aston Martin DB10 yang direka khas untuk filem terbaharu James Bond yang berjudul Spectre dijual pada harga AS$3.5 juta (RM14.71 juta) dalam satu majlis lelongan di sini baru-baru ini.

Pemilik baharu kereta itu yang tidak mahu identitinya didedahkan turut menerima nombor plat yang ditandatangani sendiri oleh aktor Daniel Craig. Craig melakonkan watak ejen perisik legenda itu dalam filem Spectre.


SATU adegan filem Spectre menunjukkan hero James Bond, Daniel Craig dan kereta sports itu.- AGENSI

“Kereta ini berjaya dijual tidak sampai lima minit dalam acara lelongan yang dikenali sebagai James Bond Spectre: The Auction.

“Hasil jualan ini akan disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan,” kata jurucakap firma lelongan, Christie’s.

Kereta itu yang menggunakan enjin konfigurasi V8 dan mampu mencecah kelajuan 305 kilometer sejam tidak boleh dipandu di jalan raya, demikian lapor laman berita Sky News. 

Kereta itu dibina di ibu pejabat Aston Martin yang terletak di London. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT