01 Oktober 2010

TAHUKAH ANDA : AL-RAZI-KARYANYA MENJADI RUJUKAN DUNIA EROPAH


Tokoh falsafah Islam, Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad Zakaria al-Razi, dilahirkan pada 236H bersamaan 850M. Tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan Al-Razi dilahirkan 1 Sya’ban 251H bersamaan 865M.

Al-Razi anak kelahiran bumi Iran, iaitu di Ray dekat Tehran. Ketiak zaman muda, beliau menjadi pemain gabus (rebab,rebana) sambil menyanyi. Kemudian, beliau meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah.

Selain bidang falsafah, Al-Razi juga antara tokoh yang produktif dalam penulisan. Tidak kurang 200 buah karangan termasuk buku, majalah dan surat-surat telah dihasilkan. Setaip karyannya banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmi kalam, bahasa Arab, fiqh dan sul fiqh, geometrid an sejarah.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan menjadi rujukan dunia Eropah. Minat mendalam dunia Eropah kepada karya agung seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12 hingga 17M lagi.

Selain itu, penemuan Al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen dan campak biasa turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional pengamal perubatan Islam. Karya utama Al-Razi membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al-Falsafiyyah, Amaran al-Iqbal al-Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-Ilmi al-Ilahi, Maqalah fima baid al-Thabiiyah dan al-Syukuk ‘ala Proclus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT