23 September 2010

Cara pantas basmi kuman


ZIANA mempercayai semburan Antabax untuk membasmi kuman.


ADAKAH anda menggunakan siku untuk menekan butang lif atau bersusah payah melapik kertas tisu pada pemegang troli pasar raya sebelum membeli-belah? Atau mungkin anda sanggup berdiri tegak di dalam bas tanpa mahu menyentuh apa jua alat pemegang yang disediakan?

Mungkin juga anda terpaksa melakukan posisi yang sukar bagi mengelak kulit tersentuh mangkuk tandas waktu kecemasan?

Bagi memastikan tangan dan semua permukaan yang disentuh benar-benar bersih, rangkaian antibakteria Antabax memperkenalkan Semburan Pembersih Tangan Antabax.

Semburan Pembersih Tangan Antabax yang didatangkan dalam saiz poket mampu membunuh 99.9 peratus kuman serta-merta pada tangan atau apa jua permukaan lain.

Semburan Pembersih Tangan Antabax mengandungi formula cepat kering, tidak perlu dibilas dan tidak melekit menjadikannya amat mudah digunakan di mana jua atau pada bila-bila masa terutama sewaktu tiada air dan sabun.

Diperkaya dengan Aloe Vera dan vitamin yang baik untuk kulit seperti vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang mempunyai sifat antioksidan dan antiinflamasi, semburan pembersih tangan Antabax mampu membelai kulit anda supaya tidak kering walaupun digunakan secara kerap.


SEMBURAN Antabax juga boleh digunakan pada permukaan yang berisiko dicemari kuman.

Semburan Pembersih Tangan Antabax baru dijual pada harga runcit RM4.90 untuk botol 50 mililiter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT