23 September 2010

INFO : TAKRIFAN NANOTEKNOLOGI


'Nano' berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kerdil

Dengan lebih tepat, satu nano ialah saiz yang sangat kecil iaitu satu per billion meter. Mengikut ukuran, satu nanometer ialah 0.000000001 meter.

Nano tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia seratus ribu kali lebih kecil berbanding saiz sehelai rambut atau perbezaan saiz antara bulan dengan bolasepak.

Nanoteknologi merupakan penemuan baru yang berlaku dalam skala nano (1-100 nm) yang menghasilkan produk dengan sifat baru yang berbeza dan lebih berkesan daripada bahan sama; dalam keadaan pukal yang lebih besar atau atom yang lebih kecil.

Nanoteknologi merupakan satu fenomena aneh yang berlaku pada skala nano dalam keadaan yang kompleks, yang lebih penting, ialah fenomena tersebut mempunyai banyak penggunaan.

Secara ringkas, ilmu nano ialah ilmu halis, bukan ilmu ghaib tetapi ilmu bahan seni yang penuh fakta dan kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT