23 September 2010

INFO DAERAH : Kampung Charok Kudong

K

ampung Charok Kudong diambil nama sempena penghujung tali air yang bergerak mengalir terputus. Charok adalah tali air yang semakin mengecil. Kudong pula diambil kerana tali air terputus. Tali air itu bermula dari Kampung Teluk Wang melalui Kampung Charok Kudong dan terputus di situ sebelum ke kampong berhampiran iaitu Kampung Panchor. Kampung Charok Kudong terletak di Pendang.

Jarak kedudukannya dari pekan Pendang adalah sejauh 10 km. Ia merupakan salah sebuah kampong yang terdapat dalam Mukim Guar Kepayang. Selain itu, kedudukan kampong itu adalah terletak di sempadan Mukim Guar Kepayang dan Mukim Padang Pusing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT