23 September 2010

INFO DAERAH : Sejarah Seberang Perai

S

eberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British pada tahun 1800. Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih krang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.

Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam. Keluasan Seberang Perai walaubagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan ssempadan Sungai Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT