02 Februari 2011

Torres pemain termahal di England


("SAYA tidak mahu pakai jersi ini lagi"). Mungkin itu agaknya kata Torres selepas mencatatkan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah bola sepak England dari Liverpool ke Chelsea dengan harga RM245.5 juta kelmarin.

LONDON - Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal pagi semalam.

Penyerang Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima setengah tahun yang turut menjadikannya rekod perpindahan tertinggi di England.

Nilai perpindahan Torres itu menduduki tangga ketiga rekod perpindahan tertinggi di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Kaka ketika mereka menyertai Real Madrid pada 2009.

Manakala rekod perpindahan tertinggi di England sebelum ini dipegang penyerang Manchester City, Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari Manchester United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada 2009.

Sepanjang tiga tahun setengah bersama Liverpool, Tor- res telah menjaringkan 81 gol tetapi kecewa kerana juara 18 kali Liga Perdana England itu terus gagal menjadi pesaing utama saingan musim ini.

"Saya cukup gembira dengan perpindahan ke Chelsea ini dan saya mahu memandang ke hadapan untuk membantu rakan sepasukan baru saya pada baki saingan musim ini dan musim-musim akan datang.

"Setelah bertemu Chelsea banyak kali sebelum ini, saya mengetahui bahawa kelab ini memiliki ramai pemain hebat dan saya akan berusaha keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan pertama.

"Saya harap dapat menjaringkan gol-gol penting untuk memastikan para penyokong Chelsea berasa gembira de- ngan kehadiran saya pada musim ini," kata Torres.

Aksi sulung Torres bersama Chelsea adalah bertemu kelab lamanya, Liverpool di Stamford Bridge pada Ahad ini melainkan Carlo Ancelotti mahu terus menggunakan- nya pada aksi bertemu Sunderland awal pagi tadi.

"Adalah menjadi impian saya untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara dan saya pasti mampu merealisasikan- nya bersama Chelsea," jelas Torres. - AP

Wajah Lauper tanpa mekap


KIRI:WAJAH Cyndi Lauper berwarna merah di pipi semasa dia berada di sebuah lapangan terbang di Los Angeles pada Isnin lalu. KANAN: PENAMPILAN Cyndi Lauper kelihatan anggun dalam majlis pencalonan anugerah Grammy di New York pada 20 Januari lalu.

LOS ANGELES - Wajah bintang pop, Cyndi Lauper yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Time After Time dan Girls Just Want To Have Fun bertukar menjadi kemerahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu kemungkinan berlaku kerana dia yang berumur 57 tahun mungkin berjemur atau kulitnya menggelupas akibat penggunaan mekap.

Namun, wajahnya itu bertukar menjadi kemerahan mungkin juga disebabkan rawatan kosmetik.

Lauper yang menyedari kehadiran paparazi di sebuah lapangan terbang di sini cuba menutup wajahnya dengan tangan bagi mengelak gambarnya dirakamkan pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lauper yang menghadiri majlis pencalonan anugerah Grammy di New York tampil dengan begitu elegan pada 20 Januari lalu.

Wajahnya ketika dia menghadiri majlis itu kelihatan putih dan jauh berbeza semasa dia ditemui di lapangan terbang berkenaan.- Agensi

Remaja Pakistan cipta rekod dapat 23A dalam O Level


IBRAHIM SHAHID ditemuramahwartawan agensi berita AFP di Sekolah Beacon House di Islamabad, Pakistan semalam.

ISLAMABAD - Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.

Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.

Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.

Dia mendapat 23A selepas memperoleh ihlam daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.

Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.

"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.

Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti.

Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.

"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.

Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.

Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun.

Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti. - AFP

DUIT