13 April 2010

-Sage Grouse-

A male sage grouse fights for the attention of female sage grouse on a mating ground, southwest of Rawlins, Wyo., Biologists and energy interests are proposing long-term studies of the effects of wind farms on sage grouse, a football-sized bird that is a candidate for listing under the Endangered Species Act.

Tip Mengendalikan Daging

Sebab itu penyediaan makanan amat penting diberi perhatian. Berikut adalah beberapa langkah keselamatan apabila menyediakan dan memasak daging:
  • Simpan daging di bahagian paling sejuk dalam peti ais, sebaiknya jauh dari pintunya.
  • Pastikan daging dibungkus kemas untuk mengelak airnya menitis.
  • Simpan daging di bahagian sejuk beku jika ia tidak ingin dimasak dalam tempoh dua hari.
  • Jika ingin menyimpan daging lebih dua bulan, tanggalkan pembalut asal, balut semula menggunakan foil aluminium yang tebal, dan masuk dalam beg plastik yang sesuai untuk simpan sejuk beku.
  • Daging yang disejuk beku dengan betul masih selamat dimakan dan kekal kualitinya walaupun telah disimpan lama. Cuma pastikan ia masih baik ketika dimasukkan ke dalam peti sejuk.


Menyahsejuk beku (defrost/thaw)

Terdapat tiga cara untuk menyahsejuk beku:

  • Keluarkan daging dari bahagian sejuk beku dan simpan di bahagian lain dalam peti sejuk. Cara ini memakan lebih banyak masa, dan bergantung kepada saiz daging. Seekor ayam mengambil masa 24 jam hingga dua hari untuk dinyahsejuk beku. Jika dipotong-potong, ia boleh dinyahsejuk beku antara dua hingga sembilan jam.
  • Direndam dalam air sejuk.
  • Gunakan ketuhar gelombang mikro.

Seperkara yang perlu diingat, pastikan hanya (jumlah) daging yang ingin dimasak sahaja dinyahsejuk beku. Elak menyahsejuk beku seketul besar daging, kemudian menyimpan semula daging berlebihan. Sebab itu, sebaiknya semasa menyimpan, bahagi-bahagikan daging mengikut jumlah kebiasaan yang dimasak, jadi mudahlah dinyahsejuk beku jumlah yang diperlukan sahaja.

Penyediaan

  • Pastikan papan pemotong dan peralatan yang digunakan semasa mengendalikan daging benar-benar bersih.
  • Untuk ayam: bilas bahagian dalam dan luar dengan air sejuk, dan keringkan dengan tuala kertas.
  • Daging akan terus memasak walaupun setelah diangkat dari api, jadi ia boleh dikeluarkan daripada ketuhar atau pemanggang awal sedikit, sebelum suhu mencecah tahap yang ditetapkan.

Halia - Bangkitkan Nafsu?

Halia mungkin dianggap sebagai akar, tetapi sebenarnya ia adalah rizom atau batang tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah, dan menjadi organ penyimpanan makanan.

Sebenarnya terdapat banyak jenis halia yang boleh dibezakan dengan warna kulitnya, sama ada kuning cair, putih atau kemerahan.

Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua, dan dalam banyak budaya, halia digunakan sebagai ubat tradisional atau salah satu bahan rempah dalam masakan.

Halia muda lebih berisi dan mengandungi banyak air dengan rasa sedikit pedas. Manakala halia tua pula lebih berfiber, kering dan lebih pedas.

Jika tahan dengan rasanya yang pedas, halia boleh digunakan untuk, atau sebagai:

1. Antikoagulan atau bahan antigumpal; Anda boleh menambah halia dalam masakan atau sesudu kecil air halia segar dalam minuman untuk menikmati ciri-ciri antikoagulannya. Ia membantu platlet darah menjadi kurang kental, seterusnya mengurangkan risiko ateroklerosis (penyakit pada arteri apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dalam, menyebabkan penyekatan aliran darah).

2. Membangkitkan syahwat: Cuba minum teh halia. Campurkan jus halia dengan air panas dan madu selepas makan. Lihat kesannya!

3. Mengubati selesema: Potong sedikit halia dan rebus dengan secawan air, jika suka, tambah sedikit teh hijau. Tapis dan minum semasa panas.

4. Batuk: Minum tiga hingga empat kali sehari air halia yang dicampur sedikit madu. Ia boleh melegakan batuk dan mengurangkan kahak.

5. Gangguan penghadaman: Tak sedap perut, pedih ulu hati, loya dan rasa nak muntah selepas banyak makan? Cuba minum campuran sesudu kecil jus halia segar, dan sesudu kecil jus limau serta jus pudina. Tambahkan sedikit madu untuk rasa lebih enak.

6. Keletihan: Hiris (bulat) halia dan rebus dengan segelas air. Masukkan sekeping kulit kayu manis, biarkan menggelegak, tutup dan biarkan selama setengah jam sehingga air berwarna keemasan. Minum air rebusan ini untuk menghilangkan rasa penat, terutama selepas baru pulih daripada demam. Air rebusan ini juga dikatakan baik untuk melegakan sakit-sakit otot.

7. Buang angin: Rasanya, ramai yang tahu halia baik untuk membuang angin dalam badan. Tumbuk halia segar dan rebus dengan secawan air, kemudian campurkan madu tulen untuk rasa lebih sedap. Minum dua kali sehari untuk buang angin yang terperangkap dalam usus.

8. Memperbetulkan perjalanan haid: Kompaun antikejang dan melegakan kesakitan di dalam halia boleh membantu melegakan senggugut. Jika anda menghidapi senggugut atau perjalanan haid tidak teratur, cuba tumbuk seketul halia, rebus dengan secawan air dan campurkan sedikit madu. Minum ketika panas dua atau tiga kali sehari selama sebulan.

Selamat mencuba.

Nota: Gunakan madu tulen atau madu organik untuk dicampurkan dengan jus halia. Untuk mengenal pasti madu tulen, cuba simpan madu dalam peti sejuk semalaman, jika madu tidak mengeras, bermakna ia tulen. Jika madu kelihatan mengeras, bermakna kandungan gulanya lebih banyak berbanding madu.

Ikon Pulau Mutiara berusia 25 tahun

"SEBELUM ada jambatan, dalam sebulan mungkin sekali sahaja kami pergi ke Seberang (Tanah Besar). Itu pun kalau ada perkara penting yang perlu diselesaikan.

"Pada masa itu, kalau hendak naik feri kami terpaksa tunggu lebih dua jam disebabkan terlalu sesak manakala perjalanannya pula memakan masa kira-kira satu jam."

Cerita Mohd. Don Alfian Yacob, 51, itu cukup untuk menggambarkan betapa sukarnya perhubungan penduduk Pulau Pinang sebelum jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar wujud.

Seperti generasi seusianya, untuk berulang-alik dari dan ke seberang pada hari yang sama adalah sesuatu yang memeritkan.


JAMBATAN Pulau Pinang bukan saja mengubah sosioekonomi penduduk Pulau Pinang, bahkan rakyat Malaysia amnya.


Malah, katanya, pernah suatu ketika dia terlihat seorang penduduk yang terlepas menaiki feri meminta bantuan daripada seorang nelayan untuk menghantarnya ke pulau disebabkan kesuntukan masa menaiki kapal terbang.

Disebabkan hanya terdapat satu jalan perhubungan, ramai yang mengeluh mengenai kelemahan kemudahan perhubungan jalan air itu yang diperkenalkan sejak era 1950-an.

Mengakui perkara itu, Rahman Husin, 57, pula memberitahu, sebelum Jambatan Pulau Pinang dibina, perhubungan di antara penduduk di tanah pulau atau Tanjong seolah-olah ada kekangan.

Malah, ramai yang menetap di tanah seberang (Perai) tidak pernah menjejakkan kaki ke pulau.

Majoriti daripada mereka beranggapan kedua-dua kawasan itu merupakan dua daerah berbeza disebabkan kedudukan peta yang berasingan.

"Sebaik sahaja jambatan didirikan, ia mula menunjukkan lokasi sebenar kedudukan Pulau Pinang yang menghubungkan di antara tanah besar dan pulau," ujarnya yang telah menetap lebih tiga dekad di Pulau Pinang.


TUN Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985.


Walaupun pembinaan jambatan tersebut terpaksa mengorbankan beberapa perkampungan nelayan, tetapi kata Rahman, itulah pengorbanan besar rakyat demi kesenangan generasi masa hadapan.

Pasti ramai yang tahu sejarah pembinaan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia itu. Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu.

Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.

Inspirasi

Hasrat tersebut dibantah oleh banyak pihak dengan alasan projek mega seumpama itu tidak mungkin dilaksanakan atas alasan belum ada mana-mana pihak mampu mendirikannya di negara ini.

Semasa mentadbir Pulau Pinang dari tahun 1969 hingga 1990, Chong Eu masih menyimpan hasrat untuk mengekspresikan ideanya sehinggalah pada tahun 1985, impiannya menjadi kenyataan.


SEBELUM wujudnya Jambatan Pulau Pinang, feri adalah nadi pengangkutan di negeri itu.


Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina.

Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

lham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an.

Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi.

Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge.

Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru.

Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.

Sumbangan

Sejak dibuka secara rasmi pada 14 September 1985, jambatan di bawah pengurusan Penang Bridge Sdn. Bhd. (PPSB) itu telah menjadi laluan lebih berjuta-juta kenderaan dan penumpang.

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Pemasaran PPSB, Suriani Mansor, sepanjang 25 tahun perlaksanaannya, jambatan tersebut memberi sumbangan besar terhadap sektor pelancongan dan pembangunan di Pulau Mutiara.


KERJA-KERJA pembinaan jambatan Pulau Pinang mengambil masa empat tahun.


Katanya, tumpuan pelancong lebih di bahagian pulau kerana terdapat pelbagai destinasi menarik.

"Serentak itu, dengan pembukaan lorong ketiga jambatan ini pada 0gos tahun lalu, jambatan tersebut mampu menampung sebanyak 155,000 kenderaan setiap hari berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 120,000.

"Laluan baru ini dibina bagi mempercepatkan tempoh perjalanan terutama pada waktu kemuncak yang mengambil masa selama 18 minit kepada 11 minit," katanya berbanding waktu biasa tempoh perjalanan selama sembilan minit.

Selain itu, keluasan jambatan tersebut ditingkatkan daripada dua arah kepada tiga arah bagi kedua-dua perjalanan. Ia diperluaskan selebar 4.8 meter dan satu lorong motosikal selebar dua meter dibina bagi kedua-dua arah.

Dalam pada itu, katanya, sehingga tahun ini, motosikal merupakan pengangkutan utama yang menggunakan kemudahan tersebut dengan anggaran kira-kira 30,000 buah setiap hari.

"Dengan adanya jambatan ini, ia memberi kemudahan kepada penduduk termasuk orang luar yang datang ke negeri ini.

"Malah, ia turut digelar sebagai ikon Pulau Pinang kerana menjadi hos acara Larian Jambatan Pulau Pinang setiap tahun," tambahnya.

Jangan Ambil Mudah Penyakit Cacar Air

Ibu bapa perlu membuang sikap ambil mudah terhadap penyakit cacar air atau 'chickenpox', penyakit yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak kerana ia merupakan salah satu kombinasi penyakit berjangkit yang amat serius.

Doktor Pakar Kanak-kanak Datuk Dr Musa Nohd Nordin berkata gabungan empat penyakit iaitu demam campak, beguk, rubella dan cacar air boleh menggugat kesihatan berjuta individu di seluruh dunia selain penderitaan yang terpaksa ditanggung.

"Ramai orang yang berpendapat bahawa cacar air adalah sejenis penyakit ringan di kalangan kanak-kanak tetapi beban penyakit itu dalam erti kata penderitaan dan ketinggalan waktu di sekolah bagi seorang kanak-kanak, waktu kerja ibu-bapa dan kos serta kembimbangan menguruskan kes yang teruk amatlah tinggi," katanya selepas pelancaran vaksin kombinasi baru demam campak, beguk, rubella dan cacar air, Priorix Tetra di sini, Selasa.

Beliau sebelum itu memperkenalkan Priorix Tetra dari GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (GSK), sejenis vaksin baru yang memberikan perlindungan yang lebih mudah terhadap campak, beguk, rubella dan cacar air tanpa kesusahan bagi suntikan tambahan untuk kanak-kanak antara sembilan bulan dan 12 tahun.

Ia menggabungkan vaksin cacar air dengan dua dos mandatori yang diperlukan untuk demam campak, beguk dan rubella (MMR) bagi perlindungan yang lebih baik dan berterusan untuk menentang cacar air.

Katanya vaksin MMR sedia ada adalah vaksin wajib yang tersenarai dalam Program Imunisasi Tambahan Malaysia (EPI) sejak 2002. Ia diberikan kepada kanak-kanak dalam dua dos, sekali pada usia 12 bulan dan yang kedua pada usia tujuh tahun.

"Priorix Tetra memberikan kemudahan kepada ibu bapa dengan pilihan satu suntikan berbanding dua suntikan yang diamalkan sekarang bagi kanak-kanak untuk melindungi mereka secara berkesan terhadap empat penyakit sekaligus," katanya.

DUIT