08 April 2011

Paris Hilton kena saman

pix_gal0
Selebriti terkenal AS dituduh tak pulangkan barang kemas

LOS ANGELES: Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton (kanan) disaman kerana tidak memulangkan barang kemas bernilai AS$60,000 (RM181,817) yang dipinjamnya.

Pewaris hotel itu diberi batu permata mahal dari syarikat barang kemas mewah Damiani, namun ia menjadi sebahagian daripada barang rompakan bernilai AS$2.8 juta (RM8.48 juta) di rumahnya di sini pada Disember 2009.
Tahun lalu, polis menemui semua barang curi yang dirompak dari rumahnya, namun menurut satu tuntutan difailkan gergasi insurans Jerman, Allianz, Paris masih gagal memulangkan barang kemas terbabit.

Tuntutan itu menyatakan: “Walaupun menemui semula barang kemas Damiani, Paris Hilton gagal memulangkan semua barang kemas kepada syarikat seperti diputuskan dalam perjanjian.”

Pada 2007, Damiani meminjamkan Paris barang kemas bernilai AS$60,000 itu untuk dipakai dalam satu kemunculan di khalayak ramai dan sebagai sebahagian perjanjian, beliau setuju menyimpan barang kemas itu dalam peti simpanan khas apabila tidak memakainya.

Tuntutan itu menuduh selebriti itu mungkir janji apabila sering membiarkan pintu hadapan rumah agamnya tidak berkunci manakala sistem penggeranya dimatikan.
Ia menyatakan: “Pada awal pagi Jumaat, 18 Disember 2009, Paris Hilton meninggalkan rumah agamnya dan menghadiri satu parti di Bar Delux di Hollywood, California.

“Pada malam itu, barang kemas Damiani diletakkan dalam almari bajunya dan bukan dalam peti simpanan seperti dinyatakan perjanjian.

“Malah, pada 18 Disember 2009, beliau membiarkan pintu hadapan rumah agamnya tidak berkunci.

“Seperti pintu depannya, Hilton juga membiarkan peti simpanannya tidak berkunci yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan barang kemas Damiani yang dipinjamkan.”

Menurut akhbar New York, Daily News, tuntutan itu menuduh seorang lelaki berpakaian baju panas menutupi kepalanya kemudian memasuki pintu hadapan dan melarikan barang kemas bernilai AS$2.8 juta yang ‘menanti untuk dicuri’ dalam almari pakaian Paris.

Jurucakap Paris enggan mengulas saman berkenaan. – Agensi

Taiwan wujudkan zon seks

TAIPEI: Kerajaan Taiwan merancang untuk mewujudkan sebuah daerah 'lampu merah' sah di sisi undang-undang supaya mudah mengawasi perdagangan seks dan melindungi hak pekerja seks.

Di bawah cadangan itu, pekerja seks boleh memohon lesen untuk beroperasi dalam zon dibenarkan dan didenda jika beroperasi di tempat lain bersama pelanggan.

Pelacur ketika ini berdepan penjara tiga hari atau denda sehingga Tw$30,000 (RM3,029) jika diberkas menyediakan perkhidmatan seksual sementara pelanggan tidak dihukum.
“Kerajaan bercadang membuka industri seks secara sederhana untuk menguatkuasakannya mengikut majoriti pendapat awam,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Liu Wen-shih, yang dijangka menghantar cadangan kepada Kabinet bulan depan.

Satu undian dijalankan kementerian lewat tahun lalu mendapati 76.5 peratus bersetuju dengan pembukaan bersyarat perdagangan seks itu, sementara 14.5 peratus mahukan larangan dan 7.6 peratus menyokong pembukaan tanpa syarat.

Ketika tiada angka rasmi skala untuk industri seks Taiwan, pemerhati menganggarkan ia membabitkan ratusan ribu orang dan menjana satu bilion dolar (RM3 bilion) setahun. – AFP

Gunting dalam perut wanita selama tiga tahun


GAMBAR sinar X menunjukkan sebilah gunting dalam perut Veronika Cruz.

SAO PAULO, Brazil - Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.

Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz.

Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan. - Agensi

DUIT