13 Ogos 2013

Green Bank tanpa alat elektronik

Bandar Green Bank merupakan bandar penyelidikan dan penduduknya tidak dibenarkan menggunakan peralatan elektronik. - Agensi 
 
WEST VIRGINIA 12 Ogos - Pada zaman ini kemudahan elektronik seperti WiFi, televisyen, radio dan telefon bimbit begitu penting dalam kehidupan seharian manusia di seluruh dunia.

Namun, bagi 149 orang penduduk di sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Green Bank, mereka tidak berpeluang menikmati kemudahan itu, hal ini kerana bandar berkenaan terletak di tengah lingkungan 13,000 kilometer persegi Zon Tanpa Radio Nasional.

Para saintis membina satelit di kawasan tersebut bagi tujuan penyelidikan dan melarang sebarang gelombang daripada alat-alat elektronik peribadi mengganggu isyarat mereka.

Green Bank merupakan rumah kepada pengemudi radio teleskop terbesar di dunia yang dikenali sebagai Green Bank Teleskop. Ia boleh dikatakan sebagai ruang pemantauan satelit tercanggih.

Untuk memastikan operasi teleskop tidak terganggu, bandar tersebut telah mengharamkan penggunaan alat-alat elektronik dan anggota polis turut dihantar membuat rondaan untuk mengesan sesiapa yang menggunakan isyarat tanpa wayar.

Hanya penerima pertama dibenarkan menggunakan radio dan hanya terdapat satu telefon berbayar di sini. Namun begitu, penduduk masih mempunyai akses kepada internet, tetapi pada kadar yang perlahan mengikut tawaran panggilan.

Walaupun begitu, masih terdapat ramai pihak yang berfikiran positif tertarik untuk menetap di sini pada pertengah tahun 2000, untuk melarikan diri daripada kehidupan teknologi, kebanyakan penduduk baharu ini mengalami penyakit Elektromagnet Hipersensitiviti (EHS), penyakit yang tidak diiktiraf di dalam komuniti perubatan.

Salah seorang penduduk, Diane Schou percaya gelombang yang disebabkan oleh objek elektronik membuatkan mereka sakit, sama seperti alahan, Green Bank merupakan satu-satunya tempat yang mereka boleh hidup dengan sihat.

''Hidup di sini tidak sempurna, tiada kedai runcit, tiada restoran, tiada hospital,tetapi di sini sekurang-kurangnya, saya sihat, saya boleh melakukan sesuatu dan saya tidak sakit kepala sepanjang masa,'' katanya. - AGENSI

Artis seni pamer 1,145 patung kertas

KESEMUA 1,145 buah patung itu mengambil masa 3,435 jam untuk disiapkan.- Agensi


SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Seorang artis seni Arab Saudi mencatat nama dalam Guinness World Records apabila dia mempamerkan koleksi patung kertas buatan tangan terbesar secara serentak.

Koleksi tersebut dipamerkan dekat Pusat Seni Maraya di sini kelmarin.

Artis seni berkenaan, Amnah Al-Fard yang mencipta rekod baharu itu dengan mempamerkan 1,145 anak patung kertas.

"Rekod ini adalah untuk pameran patung kertas buatan tangan terbesar di sesuatu tempat.

"Setiap patung itu berbentuk tiga dimensi (3D)," kata seorang pengurus Guinness World Records, Talal Omar kepada saluran berita Gulf News.

Kesemua 1,145 patung itu memiliki ketinggian antara 5 hingga 7.6 sentimeter tinggi dan dipamerkan sejak 7 Julai lalu.

Kejayaan itu merupakan hasil kerja keras Amnah sejak dua tahun lalu. Setiap patung itu mengambil masa tiga jam untuk disiapkan dan sehari untuk dikeringkan.

Amnah berkata, dia mengambil masa selama 3,435 jam untuk menyiapkan projek berkenaan dengan menggunakan 76,200 sentimeter kertas dan 4.5 kilogram gam.

Kata Amnah , dia berasa gembira kerana berjaya mencipta satu rekod baharu dunia. - Agensi

DUIT