23 April 2012

Air born Butterfly

Butterfly free at last
Winging it ... majestic butterfly free at last
JIMMY HOFFMAN / CATERS NEWS

A BEAUTIFUL butterfly bursts from its chrysalis — in a dramatic rebirth that took almost 24 hours.

The Foxy Emperor’s striking emergence from its drab shell was captured by photographer Jim Hoffman.
He raised the butterfly for weeks after discovering it as a caterpillar so he could document it changing at home in Girona, Spain.

Ready to leaf ... colour bands start process
Ready to leaf ... colour bands start process
JIMMY HOFFMAN / CATERS NEWS
Dutch-born Jim said: “It’s always a special moment to see a butterfly emerging — especially when you have raised it yourself.”
The butterfly, which has a two-inch wing span, is found across Africa and the Mediterranean.
.
Pupa seam tears after 12 hours
Gonna split ... pupa seam tears after 12 hours
JIMMY HOFFMAN / CATERS NEWS

birth of a butterfly
Tight squeeze ... still struggling after almost 24 hours
Caters News Agency

Leaving the translucent shell
Almost there ... leaving the translucent shell

Barca layu di tangan Real



Ronaldo (kiri) bijak memperdayakan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes ketika menjaringkan gol kemenangan Real.



LONDON - Barcelona kini sudah boleh melupakan misi untuk bergelar juara Liga Sepanyol musim ini.
Awal pagi semalam, skuad kendalian Pep Guardiola itu tewas 1-2 di tangan musuh tradisi, Real Madrid pada pertemuan yang dilabel sebagai aksi El Clasico di Nou Camp.

Dengan berbaki empat perlawanan, Barcelona ketika ini menduduki tangga kedua carta liga dengan mengumpul 81 mata, tujuh mata di belakang Real yang terus unggul selaku pendahulu.
Pada aksi awal pagi semalam, Real berjaya membuka tirai jaringan menerusi Sami Khedira pada minit ke-17.
Bagaimanapun, Barcelona berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Alexis Sanchez pada minit ke-70.
Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan buat Real tiga minit kemudian.

Bagi Guardiola, beliau tidak mahu barisan pemainya terus meratapi kekalahan tersebut.
Sebaliknya, jurulatih itu menuntut barisan pemainnya segera melupakan kekecewaan tersebut dan fokus bagi melayan kunjungan Chelsea pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Nou Camp, Rabu ini.
Tugas sukar sekali lagi menanti anak-anak buah Guardiola kerana mereka perlu mengatasi defisit gol dimiliki Chelsea yang mencatatkan kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stamford Bridge minggu lalu.
"Pemain-pemain berasa kecewa ekoran kekalahan di tangan Real hari ini (awal pagi semalam).
"Namun, kami (Barcelona) tetap bersedia untuk berdepan Chelsea, Rabu ini.

"Pemain-pemain sedar bahawa pentingnya perlawanan menentang Chelsea. Kami tidak boleh gagal," kata Guardiola.

Sedar pintu untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu sudah hampir tertutup rapat, skuad The Catalan tidak mempunyai pilihan selain memastikan trofi Liga Juara-Juara menjadi milik mereka.
Sementara itu, Real meraih kejayaan berganda dengan kemenangan yang dilakar ke atas Barcelona itu.
Selain mengutip tiga mata berharga, skuad kendalian Jose Mourinho itu turut mencipta sejarah baharu kelab tersebut dengan merekodkan 109 gol dalam satu musim.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan anak-anak buah Mourinho berjaya memintas rekod John Toshack yang membimbing Real pada 1990 dengan 107 gol. - Agensi

Ramai golongan kaya Iran beli kereta mewah


SEBUAH kereta Mercedes-Benz melalui sebatang jalan raya di Teheran semalam.



TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini.

Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta).

"Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing," kata seorang jurujual di sini.

Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012. Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini. 

Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz.
Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran.
Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005. 

Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear.
Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear.
Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. - Agensi

DUIT