23 Julai 2013

Menara kedua tertinggi dunia siap 2015



Menara Shanghai setinggi 121 tingkat dan berkeluasan 380,000 meter persegi.



SHANGHAI - Menara Shanghai bakal menjadi bangunan tertinggi di China dan kedua di dunia apabila ia siap dibina dua tahun lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Apabila siap pada 2015, menara tersebut akan menjadikan beberapa bangunan pencakar langit di daerah kewangan Lujiazui di sini kelihatan kerdil.

Bangunan tertinggi di China akan dibuka secara rasmi pada tahun yang sama.
Bangunan yang mempunyai 121 tingkat dengan keluasan 380,000 meter persegi itu akan memiliki ketinggian 632 meter apabila palang bumbungnya dipasang.

Ketinggian itu mengatasi bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai yang mencatat ketinggian 492 meter dan Menara Jinmao setinggi 421 meter.

Menara tersebut dibina bersebelahan bangunan ikonik Menara Mutiara Oriental dekat Pudong, di sini. - Agensi

DUIT