05 Julai 2012

Kelab MU disenarai di Bursa New York

Kelab MU
Kelab MU

NEW YORK - Manchester United (MU) telah membuat permohonan untuk membuat penyenaraian di bursa saham Amerika Syarikat (AS) bagi menjana modal AS$100 juta (£64 juta atau RM300 juta).

Dalam dokumen difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, gergasi Liga Perdana Inggeris itu menyebut bahawa pihaknya mahu menyenaraikan syarikat kelab ternama ini di Bursa Saham New York.

Sebelum ini kelab itu telah menerokai peluang kemungkinan membuat penyenaraian di Singapura.

Laporan BBC menyebut bahawa MU, antara kelab yang memperoleh sokongan padu di dunia, mahu menggunakan modal yang dijana menerusi penyenaraian untuk membayar balik hutangnya.

Kelab itu dikuasai sejak 2005 oleh keluarga Glazer family.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia berhadapan dengan masalah hutang yang besar meskipun mengambil pelbagai usaha pemasaran dan promosi di peringkat global.

"Kami berhasrat untuk menggunakan keseluruhan hasil bersih daripada penyenaraian ini untuk mengurangkan (beban) hutang kami," kata MU dalam prospektus, dipetik laporan BBC.

Sehingga April lalu, kelab itu disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 pasukan sukan paling bernilai di dunia. Nilainya dianggarkan £1.4 bilion (RM6.9 bilion).

Selepas disenaraikan di Bursa Saham London pada 1991, kelab itu dibeli oleh Malcolm Glazer pada Mei 2005 pada harga £800 juta (RM3.9 bilion).

Sehingga 31 Mac lalu, hutang kelab itu dianggarkan £423.3 juta (sekitar RM2 bilion).

Ikan duyung hanya dongeng

TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.
TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.

LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.


Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton. Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.


Kenyataan itu berbunyi: “Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui.” Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.


Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.


Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi.

Buang badi Chelsea

FERNANDO Torres
FERNANDO Torres

FERNANDO Torres mengakui tahun penuh igauan di Chelsea kini berakhir sebaik menjulang anugerah Kasut Emas Euro 2012.

Torres yang juga penyerang Sepanyol yang dibeli dari Liverpool pada harga 50 juta (RM246 juta) kurang mendapat perhatian ketika skuad Blues melengkapkan musim lalu dengan gelaran berganda iaitu Piala FA dan Liga Juara-Juara, Mei lalu.

pix_topright

Pemain itu juga yang berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak di Euro tetapi memenanginya menerusi penentuan bantuan jaringan dan tempoh permainan, membantu negaranya untuk meraih tiga kejohanan berturut-turut dalam tempoh empat tahun dan pencapaian itu memberi sinar baru kepadanya.

“Saya akan melupakan pengalaman saya di Chelsea musim ini,” katanya. “Saya akan mengingati tiga gelaran dan final ini, yang begitu bermakna buat pasukan ini, negara dan sesiapa saja yang mengikuti Sepanyol dan saya pasti penyokong Chelsea akan gembira.

“Kini saya mahu berehat dan menikmati kejayaan ini, selain bersedia untuk musim depan yang pastinya penuh dengan detik indah, sekurang-kurangnya saya berfikir seperti itu.


“Bagi saya, ia satu musim yang sukar dijelaskan. Ia tidak bermakna ia sesuatu yang buruk tetapi ia sukar dijelaskan dan saya mengalami detik yang sukar.

“Menyaksikan kegembiraan keluarga saya selepas perlawanan itu, apa saja yang berlaku sepanjang musim tampak berbaloi.”

Selain memenangi tiga gelaran berturut-turut, Torres dan rakan sepasukannya juga menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi Kejuaraan Eropah.

Begitupun Torres yang menjaringkan gol kemenangan pada final Euro 2008 dan turut menyumbang dalam kejayaan final Piala Dunia dua tahun lalu berkata banyak yang akan ditunjukkan oleh pasukan itu.

“Banyak lagi yang ingin kami buktikan. Kebanyakan pemain masih muda dan saya boleh katakan banyak yang ingin kami capai nanti.

“Kami mempunyai banyak cita-cita dan matlamat selepas ini. Kami menikmati pencapaian setakat ini dan turut meraikan kemenangan ini tetapi kami sudah pun mengalih perhatian terhadap Piala Konfederasi (di Brazil tahun depan di mana mereka akan berdepan dengan juara setiap zon Fifa) dan Piala Dunia (di Brazil dalam tempoh dua tahun lagi).

“Saya berharap majoriti skuad ini akan berada di sana. Ia bukan sesuatu yang mudah. Memenangi tiga kejohanan berturut-turut tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak jadi kami perlu menilainya.

“Mujur perjuangan kami masih belum berakhir tetapi sudah tentu saya mahukan lebih lagi, Bila anda menang, sudah tentu anda mahukan lebih lagi.”

Torres memenangi anugerah Kasut Emas menerusi pemutus seri tetapi mungkin menakluki gelaran itu lebih awal jika menjaringkannya sendiri, tanpa melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya di Chelsea, Juan Mata untuk menjaringkan gol terakhir Sepanyol.

Torres mendedahkan, dia melakukan hantaran kepada Mata kerana tidak mempunnyai peluang untuk bermain sepanjang Euro sebelum diturunkan pada tiga minit terakhir perlawanan itu.

“Kerja berpasukan membawa kami ke sini dan sebab itulah saya menghantar bola kepadanya. Juan berdepan Euro yang sukar. Dia tidak dapat bermain walaupun seminit. Saya bertuah mendapat bola itu untuk melakukan hantaran kepadanya untuk meledakkan jaringan.

“Dia berhak menikmatinya seperti pemain lain dan ini adalah satu daripada perkara paling indah bagi saya iaitu melihatnya ketawa dan gembira selepas melalui detik yang sukar.”

DUIT