01 Oktober 2010

TAHUKAH ANDA : Mat Kilau


Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang merupakan mufti pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain dipercayai menjadi kediaman para jin islam.


Mat Kilau ketika menceritakan pengalaman kepada pemberita.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.



Mat Kilau ketika ditemuramah pemberita.

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

Taman Tergantung Babylon

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.

Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.

Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.

Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.

Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."

Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.

"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.

TAHUKAH ANDA : SUNGAI MISSISSIPI










Nama Sungai Mississipi berasal dari bahasa Ojibwe lama iaitu misi-ziibi yang bermaksud sengai besar. Sungai ini adalah kedua terpanjang di benua Amerika Utara. Panjangnya 3733 km dari Tasik Itasca ke Teluk Mexico.

Sungai cawangan terpanjang Sungai Mississipi ialah Sungai Missouri manakala Sungai Arkansas kedua terpanjang. Jika mengikut isi padu air pula, Sungai Ohio ialah cawangan Sungai Mississipi yang terbesar.

Mengalir dari Tasik Itasca yang terletak pada aras 450 meter dari aras laut, di Taman Negeri Itasca terletak di Clearwater Country, Minnesota. Sebelum air terjun St. Anthony di Minneapolis, tingginya 802 kaki dan menjadi 220 m selepas air terjun itu. Sungai Mississippi bertemu dengan Sungai Minnesota di Minneapolis, Minnesota, Sungai Winconsin di Praairie du Chien, Winconsin, Sungai Illinois dan Sungai Missouri River dekat St. Louis, Missouri dan Sungai Ohio River di Cairo, Illinois. Sungai Arkansas bertemu dengan Sungai Mississippi di Arkansas. Sungai Atchafalaya bertemu di Louisiana.

Sungai Mississippi mengalir antara kawasan Pergunungan Rocky dengan Gunung Appaalachian.

TAHUKAH ANDA : BANJARAN HIMALAYA

Banjaran Himalaya adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas (sekarang sebahagian dari China) di utara. Bana khas untuk banjaran ini adalah Himalaya.

Banjaran Himalaya merangkumi lima Negara, Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Himalaya bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan. Himalaya merupakan sumber kepada dua sistem sungai –Lembangan Indus dan Lembangan Gangsa-Brahmaputra.

Banjaran Himalaya adalah sepanjang 2,400 km, dari Nanga Parbat di barat hinggalah ke Namche Barwa di timur. Kelebaran banjaran pula adalah di antara 250-300km.

Banjaran Himalaya merupakan banjaran termuda di planet ini. Bermula dari Pusat Perbanjaran Pamir dan menganjur kea rah timur lalu membentuk Banjaran Himalaya, Banjaran Karakoram, Kunlun Shan dan Tien Shan. Ia merupakan banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia. Banjaran Himalaya digelar bumbung dunia.

TAHUKAH ANDA : AL-RAZI-KARYANYA MENJADI RUJUKAN DUNIA EROPAH


Tokoh falsafah Islam, Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad Zakaria al-Razi, dilahirkan pada 236H bersamaan 850M. Tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan Al-Razi dilahirkan 1 Sya’ban 251H bersamaan 865M.

Al-Razi anak kelahiran bumi Iran, iaitu di Ray dekat Tehran. Ketiak zaman muda, beliau menjadi pemain gabus (rebab,rebana) sambil menyanyi. Kemudian, beliau meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah.

Selain bidang falsafah, Al-Razi juga antara tokoh yang produktif dalam penulisan. Tidak kurang 200 buah karangan termasuk buku, majalah dan surat-surat telah dihasilkan. Setaip karyannya banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmi kalam, bahasa Arab, fiqh dan sul fiqh, geometrid an sejarah.

Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan menjadi rujukan dunia Eropah. Minat mendalam dunia Eropah kepada karya agung seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12 hingga 17M lagi.

Selain itu, penemuan Al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen dan campak biasa turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional pengamal perubatan Islam. Karya utama Al-Razi membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al-Falsafiyyah, Amaran al-Iqbal al-Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-Ilmi al-Ilahi, Maqalah fima baid al-Thabiiyah dan al-Syukuk ‘ala Proclus.

ASAS SEWA BELI MELALUI PINJAMAN

a. 1. Deposit minimum – bayaran pendahuluan, biasanya 10% daripada harga tunai asset/kenderaan. Walaubagaimanapun bank boleh menetapkan jumlah pendahuluan yang lebih tinggi.

b. 2. Kadar faedah – mengikut kadar tetap dan kadar minimum yang dibenarkan ialah 10%.

c. 3. Kadar faedah efektif – faedah sebenar yang perlu dibayar setelah mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut tempoh pinjaman.

d. 4. Caj bayaran lewat – denda yang dikenakan sekiranya lewat membuat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut kadar asas harian.


5. Penjamin – orang yang akan bertanggungjawab membayar balik pinjaman atau baki sekiranya peminjam tidak mampu menjelaskan hutang tersebut.

The Jaguar

THIS is Jaguar's super-green supercar - a 205mph rocket powered by electricity and gas turbines.

The sensational "concept" motor, which could cost around £300,000 if it goes into production, will be unveiled today at the International Motor Show in Paris.

Inside job ... the C-X75's space-age interior
Inside job ... the C-X75's space-age interior


The C-X75 has electric motors on each wheel and two micro-jet gas turbines.

That means it produces no emissions when on leccy power and less than a supermini when the gas turbines are used.

It has a range of over 60 miles on electricity and 560 miles on turbine.

The sleek car, which can hit 62mph in 3.4secs, has a jet-style interior using hi-tech materials.

The firm's chief designer Ian Callum said: "This is not just a show car, it is a catalyst for Jaguar's future - a fast-track insight into what we want to do."

Lotus perkenal 5 model di Pameran Motor Paris

NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis,  Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.

Permulaan bina kembali reputasi pengeluar kereta sport super


GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd berpangkalan di United Kingdom (UK), memperkenalkan lima model terbarunya di Pameran Motor Paris 2010 yang bermula semalam.

Model berkenaan dianggap sebagai permulaan bagi Lotus kembali membina reputasinya sebagai pengeluar kereta sport super terkemuka dunia.

Lotus terkenal dengan kepakaran aerodinamiknya mengejutkan ramai pihak apabila buat kali pertama mempamerkan model kereta sport super empat pintu yang dikenali sebagai Eterne.

Turut diperkenalkan model Esprit baru, iaitu yang paling anggun selepas kemunculan pertama model konsepnya pada 1974.

Pengerusi Proton dan Group Lotus, Datuk Seri Nadzmi Wahab, berkata tiga lagi model yang bakal dikeluarkan ialah Elan, Elise dan Elite.

"Model baru ini bakal dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bermula dengan Elan mulai Oktober 2012, diikuti model lain setiap 12 bulan kemudian.

Di bawah kepemimpinan Dany Bahar sebagai ketua eksekutif dan sokongan pereka automotif terkenal dunia, Donato Coco, yang juga bekas pereka Ferrari, kami yakin lima model ini akan membawa perubahan besar kepada Lotus, katanya selepas jamuan malam anjuran kumpulan itu sempena Pameran Motor Paris di Paris itu, malam kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

Pengenalan lima model baru itu adalah tambahan kepada model Evora yang dilancarkan baru-baru ini.

Nadzmi berkata, pengurusan Lotus bertungkus-lumus sembilan bulan menghasilkan lima model konsep itu bagi membolehkannya membuat kemunculan di Paris.

Kami mahu pastikan Lotus kekal dalam penguasaan Proton. Kami mahu memastikan Lotus membawa keuntungan dan untuk itu kami perlu menampilkan produk kompetitif dan menarik, katanya sambil menegaskan selepas 14 tahun Proton mengambil alih pengeluar kereta sport itu, pandangan skeptikal dan sinis terhadap usaha itu kian terhakis, katanya.

Ibu ayam yakin Beckham tak curang

NEW YORK: David Beckham terus mendapat sokongan bagi menghadapi kononnya dia melanggan pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, beberapa tahun lalu.

BECKHAM...gagal digoda.
BECKHAM...gagal digoda.


IRMA...tidak dikenali.
IRMA...tidak dikenali.


Semalam, seorang ibu ayam terkemuka, Michelle Braun, mempertahankan bekas kapten pasukan bola sepak England itu dan menganggap dakwaan Irma mengarut.


Kata Michelle, 32, jika benar Beckham melanggan pelacur dan memuaskan nafsunya di mana-mana lokasi di AS, dia pasti tahu mengenainya.


“Saya bekerja dalam rangkaian bisnes terbaik dan semua pekerja saya berkhidmat untuk ahli sukan terkemuka di dunia.


“Beckham tidak pernah melanggan pelacur dan dia tidak sejahat itu,” katanya.


Irma, 26, membuat dakwaan kononnya dia melayan Beckham lima kali di beberapa hotel di New York dan London pada 2007.


Satu daripada kejadian itu, kata Irma, turut membabitkan seorang lagi pelacur dan mereka bersama-sama melayan Beckham di atas ranjang.


Ekoran dakwaan disiarkan majalah In Touch itu, Beckham, 35, menyaman Irma sebanyak RM80 juta, selain penerbit dan pengarah majalah berkenaan.


Berpusat di New York, operasi khidmat pengiring wanita dikendalikan Michelle menjana pendapatan lebih £3 juta (RM14.7 juta).


Kata Michelle, antara personaliti sukan yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah Tiger Woods, tetapi Beckham tidak pernah terjebak dalam aktiviti itu.


“Ramai juga wanita di agensi saya cuba menggoda Beckham tapi tak pernah berjaya, walaupun mereka menawarkan perkhidmatan percuma,” katanya.

Selain itu, kata Michelle, dia juga tidak mengenali Irma.

“Selain tak pernah terdengar namanya, saya juga tak pernah mendengar penipuan paling teruk seperti didakwa Irma,” katanya. - Agensi

Pecah kayu dengan payu dara


GAMBAR menunjukkan Susan Sykes memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya dalam satu program bakat televisyen di Jerman baru-baru ini.


BERLIN - Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.

"Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas," kata seorang penonton televisyen. - Agensi

Planet digelar Bumi Baru ditemui


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.


LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

DUIT