Neymar menaiki penerbangan terus dari Brazil ke Sepanyol selepas perlawanan persahabatan menentang England di Rio de Janeiro untuk melengkapkan kontrak perpindahan lima tahun bersama kelab itu.
Dia kemudian akan melalu ujian kesihatan, berjumpa dengan Presiden Barcelona, Sandro Rosell untuk menandatangani perjanjian sebelum turun ke padang Nou Camp bersama bola di kakinya.
Tempat terbaik
Awal pagi semalam, pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta berkata, Neymar datang ke tempat paling baik untuk matang dan menjangkakan pemain berusia 21 tahun itu mampu menjadi gandingan yang baik bersama pemenang empat kali anugerah pemain terbaik dunia, Messi.
Dia akan banyak membantu kami kerana dia pemain yang amat berbakat, kata Iniesta. Dia membawa kemampuannya untuk menundukkan pertahanan lawan, menjaringkan gol dan menghiburkan. Dia masih muda. Dia mempunyai laluan yang panjang di depannya dan dia menuju ke tempat terbaik untuk matang.
Iniesta juga cuba untuk mengurangkan tekanan kepada rakan sepasukan barunya dan menafikan kemampuan kedua-dua bintang ini untuk beraksi bersama.
Dia datang ke tempat terbaik untuknya, kata Iniesta. Biarkan dia melakukan apa yang dia rasakan bagus untuk lakukan, ia sudah mencukupi. Ia adalah berita hebat yang kita boleh bergantung kepadanya. Dikelilingi dengan orang di sini, dia akan menjadi baik dan lebih baik.
Pemain hebat sentiasa memahami suatu sama lain. Leo akan menjadikan Neymar lebih baik dan Neymar akan jadikan Leo lebih baik.
AP