27 Ogos 2012

Di Matteo tidak terkejut


HAZARD (kiri) dan Torres beraksi cemerlang untuk membantu Chelsea menewaskan Newcastle United 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam.

LONDON - Pengendali Chelsea, Roberto Di Matteo menegaskan bahawa beliau tidak terkejut dengan persembahan cemerlang Eden Hazard pada saingan Liga Perdana England musim ini.

Selain menjaringkan gol pertama, penyerang Belgium itu turut membantu Fernando Torres menghasilkan jaringan kedua ketika menewaskan Newcastle United 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Hazard, 21, tidak mengambil masa yang lama bagi membuktikan pembeliannya daripada Lille pada harga £32 juta (RM156.85 juta) tidak merugikan.

"Dia tidak mengejutkan saya, kami sudah memantau pergerakannya sejak tahun lepas," kata Di Matteo.

"Dia sememangnya seorang pemain yang sangat hebat. Walaupun beraksi dalam liga yang berbeza, dia dapat menyesuaikan diri dengan begitu pantas."

Tambahnya, Hazard telah mencipta banyak peluang tetapi lebih manis apabila dia sendiri menjaringkan gol pertama.

"Dia cepat menyesuaikan diri dan memahami permainan Juan Mata dan seluruh pemain tengah, sekali gus menyebabkan dia selesa beraksi bersama kami," katanya.

Dalam pada itu, pengurus Newcastle, Alan Pardew turut memuji persembahan Hazard dan dia menyifatkan pemain itu telah merubah keseluruhan persembahan permainan Chelsea berbanding musim lepas.

"Dia menyuntik sedikit kelebihan dalam permainan Chelsea musim ini dan telah menjadi arkitek utama pasukan itu dalam merangka serangan pasukannya," kata Pardew. - AFP

Sila layari : www.gepp.com

Pertandingan makan embrio itik di New York


SEBAHAGIAN peserta pada pertandingan makan embrio itik pertama di New York kelmarin.


NEW YORK - Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS) kelmarin

Dikenali sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia.

Acara ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan Filipina di sini.

"Telur ini direbus dan dihidangkan bersama secubit garam dan cuka tebu,

"Apabila kulit telur dipecahkan, anda mula dengan meminum cairan di dalamnya sebelum memakan janin anak itik. Jika anda bertuah, anda akan menemui embrio itik yang mempunyai sedikit bulu dan paruh kecil," kata pemilik bersama restoran berkenaan, Miguel Trinidad.

"Telur ini merupakan sumber protein yang hebat dan dapat menguatkan tenaga batin anda," tambahya.

Menampilkan 10 peserta, pertandingan sulung itu dimenangi oleh seorang lelaki, Wayne Algenio.

Dia memakan sebanyak 18 telur embrio dalam tempoh lima minit.

Algenio yang memenangi tali pinggang hitam bersadur emas berjanji akan mempertahankan kejuaraannya pada tahun depan. - Agensi

Sila layari : www.gepp.com

DUIT