16 Jun 2011

Pengurus Chelsea diumum masa terdekat


Ron Gourlay


KUALA LUMPUR - Nama baru pengurus pasukan gergasi Liga Perdana England (EPL), Chelsea bakal diumumkan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu lagi.

Jaminan itu diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay yang berkata, proses rundingan sedang dijalankan dengan calon berkenaan di Stamford Bridge.

Enggan memberikan sebarang nama bagi mengelakkan sebarang spekulasi, Gourlay mengakui peringkat perbincangan sedang berjalan lancar dan buat masa ini tidak berdepan sebarang masalah.

''Pengurus baru itu sudah pasti akan tiba ke Kuala Lumpur bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Malaysia, 21 Julai nanti yang akan menjadi tugasan rasmi pertamanya.

''Kami mengambil sedikit masa kerana jangkaan dan cita-cita kelab ini (Chelsea) sungguh tinggi, oleh itu kami mahu mendapatkan seorang pengurus yang terbaik dan mampu merealisasikan impian tersebut.

''Selain itu, kami dalam merangka membeli pemain bagi menghadapi musim depan, dalam sasaran kami mungkin mahu mendapatkan dalam dua atau tiga muka baru, " katanya yang ditemui pada pelancaran 'Chelsea-Blue Pitch' di NPEG Sports Centre, Damansara Damai, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad, Pengerusi Kumpulan EMKAY, Tan Sri Mustapha Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ProEvents, Julian Kam.

Program itu sebahagian daripada kempen Jelajah Chelsea 2011 yang bertujuan memberikan bantuan dalam aspek kejurulatihan bola sepak di peringkat remaja.

Chelsea bakal menghantar jurulatih daripada akademi belianya sebanyak empat tahun sekali dan program itu akan beroperasi mulai bulan depan.

Malaysia menjadi destinasi kelima di Asia selepas Hong Kong, Thailand, China dan Jepun.

Hugh Hefner batal kahwin tunang 25 tahun


Crystal Harris


LOS ANGELES 15 Jun - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner semalam mengumumkan perkahwinan dengan tunangnya berumur 25 tahun pada hujung minggu ini dibatalkan.

Hefner, 85, berkata, perkahwinan tersebut dibatalkan selepas tunangnya itu, Crystal Harris menukar fikirannya.

Mereka berdua dijangka berkahwin di Rumah Agam Playboy di sini Sabtu ini di hadapan lebih 300 tetamu.

Ia sepatutnya menjadi perkahwinan ketiga buat Hefner.

''Perkahwinan ini dibatalkan. Crystal bertukar fikiran. Saya kecewa tetapi lebih baik sekarang daripada selepas berkahwin,'' katanya dalam laman web Twitter.

Hefner bagaimanapun menafikan laporan laman web TMZ.com bahawa mereka berdua bertengkar melalui telefon.

Dia berkata, Harris turut mengambil haiwan peliharaan mereka bernama Charlie apabila dia keluar dari rumah agam itu.

Bagaimanapun, Hefner yang ditenangkan oleh rakan-rakan dan bekas isterinya, Kimberley Conrad, mengumumkan dia akan menayangkan filem bertajuk Runaway Bride.

Hariss bertemu Hefner pada parti Halloween pada 2008 dan berpindah ke rumah agam itu selepas beberapa minggu dan kemudian menjadi Playboy Playmate of the Month pada Disember 2009. - Reuters

Anak Ecclestone beli rumah paling mahal di AS


Petra Ecclestone membeli rumah agam milik Aaron Spelling berharga AS$150 juta di Los Angeles. - REUTERS


LOS ANGELES 15 Jun - Rumah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) telah dijual kepada waris perempuan Formula 1, lapor The Wall Street Journal hari ini.

Rumah yang terletak di Holmby Hills, Los Angeles itu telah dijual oleh balu penerbit Hollywood legenda, Aaron Spelling lebih dua tahun lalu.

Candy Spelling membelanjakan sebanyak AS$150 juta (RM454 juta) untuk memiliki rumah yang berkeluasan 5,700 meter persegi ini.

Rumah itu turut memiliki lorong boling, sebuah salun kecantikan dan tempat meletak kereta untuk 100 buah kereta.

Petra Ecclestone, 22, anak perempuan kepada ketua Formula 1, Bernard Ecclestone yang membeli rumah itu merancang untuk membahagikan masa antara rumah agam tersebut dengan rumahnya di London yang bernilai AS$90 juta (RM272 juta).

Aaron Spelling dikenali sebagai orang yang menerbitkan rancangan televisyen yang terkenal seperti Charlie's Angels, Dynasty dan Beverly Hills 90210. - dpa

Blues leap in for £25m Modric

TOP BLUES' TARGET ... Luka Modric
TOP BLUES' TARGET ... Luka Modric

CHELSEA last night stunned Tottenham with a £22million bid for Luka Modric - and are ready to go to £25m.

Spurs quickly rejected the Blues' opening salvo.

But Tottenham chairman Daniel Levy will be sorely tested today when Roman Abramovich increases his offer.

Blues owner Abramovich wants to blow Manchester United, who are also chasing the 25-year-old, out of the water in the battle for Spurs' prize asset - as we told you in Tuesday's SunSport.

It looks almost certain that Modric, who cost £16.5m from Dinamo Zagreb in 2008, will now leave White Hart Lane and that Chelsea are favourites to sign him.

Insiders say he wants to stay in London after playing 120 games and scoring 12 goals in three seasons at Spurs.

Abramovich sees Modric as the key to next season's bid to lift the Champions League.

And so determined is he to grab his man that he will outbid United if the Premier League champions decide to go head-to-head with him.

Spurs manager Harry Redknapp has always insisted Modric will stay at Spurs and that his worth is way in excess of £25m.

But Abramovich is determined to press ahead with his first signing of the close season despite the fact he is yet to appoint a replacement for manager Carlo Ancelotti.

Chelsea's formal bid was rejected by Spurs within two hours but Abramovich is desperate to add more creativity to Chelsea's midfield.

He also wants to reduce the average age of the club's squad and Modric's extra flair and pace have established him as the Blues' No 1 target.

Anak anjing disidai seperti pakaian


SEEKOR anjing disepit pada penyidai pakaian
di sebuah rumah di Calamba, Filipina baru-baru ini.


CALAMBA, Filipina - Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.

Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.

Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.

Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.

Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. - Agensi

Matahari masuki fasa seperti abad ke-17


GAMBAR fail yang dirakamkan kapal angkasa kecil milik Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan letusan berlaku di matahari pada 7 Jun lalu.


WASHINGTON - Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) menyatakan kitaran biasa bintik matahari kini memasuki fasa hibernasi yang tidak pernah dilihat sejak kurun ke-17 dengan suhu global dijangka turun akibat perubahan itu.

Selama bertahun-tahun, para saintis meramalkan bahawa menjelang 2012, matahari akan mengalami fasa dikenali sebagai solar maksimum dengan aktiviti ledakan api dan bintik matahari berada pada tahap paling aktif.

Keadaan tersebut dijangka menyebabkan suhu Bumi meningkat.

Namun, permukaan matahari yang agak tenang sejak kebelakangan ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

Tanda-tanda perubahan tersebut termasuk ketiadaan pancutan api, sejumlah bintik yang pudar dan kelembapan aktiviti di kedua-dua kutub matahari.

Pendedahan itu dibuat menerusi tiga hasil kajian yang dibentangkan pada pertemuan tahunan Bahagian Solar Fizik Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Las Cruces, negeri New Mexico kelmarin.

"Keadaan ini ganjil dan di luar jangkaan," kata seorang pengarah bersama Agensi Percerapan Solar Nasional, Frank Hill.

Aktiviti matahari cenderung meningkat dan berkurangan setiap kitaran 11 tahun.

Fasa solar maksimum dan solar minimum pula berlaku setiap 22 tahun. - AFP

DUIT