11 November 2010

Rossi mula uji Ducati


Pelumba baru pasukan Ducati, Valentino Rossi meninggalkan pit untuk memulakan sesi ujian jentera baru pasukan itu di Litar Ricardo Tormo, Cheste Sepanyol, kelmarin. - AFP

VALENCIA, Sepanyol - Bekas juara dunia, Valentino Rossi melengkapkan ujian 56 pusingan dengan jentera baru Ducati, pada sesi ujian pertama pra-musim di sini, kelmarin.

Pelumba Itali itu, yang meninggalkan Yamaha untuk menyertai pasukan lamanya memberitahu, Ducati tidak memberi tekanan kepadanya untuk mempamer aksi cemerlang musim depan

Malah, melalui jentera baru 2011 pasukan itu, Rossi yakin mampu menyesuaikan diri dengan jentera Ducati, sebelum bermula musim baru.

Dalam pada itu, pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo yang merampas gelaran juara dari Rossi musim ini, mempamer prestasi baik dengan berada di tangga teratas dalam ujian masa tersebut.

Casey Stoner turut menunjukkan prestasi baik bersama Honda, telah selesai mengadakan rundingan bersama pasukan Ducati Ahad lepas, selepas tamat perlumbaan di Valencia. - Reuters

Anak kura-kura dua kepala


GAMBAR menunjukkan seekor anak kura-kura yang mempunyai dua kepala di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia, selatan China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi

Imej galaksi sejauh 60 juta tahun cahaya


GAMBAR yang dirakamkan Teleskop Hubble menunjukkan gugusan bintang sejauh 60 tahun cahaya dari Bumi.

MIAMI - Teleskop Hubble merakamkan gambar gugusan bintang sejauh 60 tahun cahaya dari Bumi yang dikenali sebagai NGC 4452, lapor sebuah akhbar semalam.

Galaksi itu pertama kali dilihat oleh ahli astronomi Britain, William Herschel pada 1784 menerusi teleskop berukuran 47 sentimeter.

Semasa ditemui, Herschel menganggap objek itu sebagai nebula yang merupakan kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya kabur di langit pada waktu malam. - Agensi

Suami isteri miliki 18 orang anak


GAMBAR menunjukkan Gil dan Kelly Bates bersama anak-anak mereka.

LAKE CITY, Tennesse - Satu pasangan suami isteri, Gil dan Kelly Bates mempunyai 18 orang anak selepas mereka berkahwin 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu dikurniakan sepuluh anak perempuan dan lapan lelaki.

Pada setiap hari, sebanyak 48 biji telur diperlukan jika kesemua anaknya makan sarapan pagi di kediaman mereka di Lake City di Tennesse, Amerika Syarikat.

Kelly dari sini berkata: "Semasa muda, saya tidak mahu anak. Saya hanya mahukan kerjaya."

Anak mereka yang paling tua berumur 21 tahun. - Agensi

10 November 2010

BMW Z4 Silver Top Edition



If you live in Japan and have an extra 6 million yen just kicking around, you might want to contact your local BMW dealer, because the German automaker's Japanese importer has just announced a rather enticing special edition.

It's called the Silver Top edition, and is based on the Z4 sDrive23i. It's powered by a 2.5-liter inline-six with a six-speed automatic transmission, but what sets it apart is the color combination: A silver retractable hard-top (with matching door mirrors) contrasting the black body and a red leather interior. Gorgeous, but it's only available in Japan and only 15 examples will be made.

Kimono mesra alam untuk isteri pemimpin APEC


GAMBAR menunjukkan seorang model memakai kimono semasa satu pertunjukan fesyen di Tokyo pada 2 November lalu.


YOKOHAMA, Jepun - Para isteri pemimpin negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bermula pada 12 hingga 14 November ini di sini berpeluang memakai pakaian kebangsaan wanita Jepun, kimono yang diperbuat daripada material mesra alam.

Pereka fesyen terkenal Jepun, Hiroko Koshino menyatakan beliau telah menghasilkan gaun yang merupakan gabungan sutera dan bioplastik daripada jagung.

Pakaian itu dianggap sebagai gabungan antara kraf tangan tradisional Jepun dan teknologi canggih.

"Saya berbesar hati jika orang ramai suka memakainya. Bumi juga akan menjadi tempat yang lebih gembira," kata Koshino dalam satu mesej video kepada tetamu-tetamu APEC.

Laman web Teijin menyatakan bahawa material Biofront yang berasaskan tumbuh-tumbuhan itu dilancarkan pada tahun 2007.

Pakaian itu bersifat mesra alam, tidak panas dan tahan lama selain telah digunakan sebagai fabrik untuk tempat duduk kereta.

"Perincian mengenai reka bentuknya adalah rahsia sehinggalah semua wanita pertama memakainya. Ia mempunyai cita rasa kimono dengan konsep rekaan yang baru," kata seorang pegawai di Kyoto, Hirotsugu Uno.

Pakaian itu berwarna biru, merah, kuning, hijau dan ungu.

Sudah menjadi tradisi persidangan itu apabila pemimpin daripada negara-negara anggota akan memakai pakaian tradisi daripada negara tersebut semasa menghadiri majlis-majlis utama. - Agensi

Saintis cipta letupan Big Bang


GAMBAR menunjukkan mesin Large Hadron Collider.

GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis mencipta letupan mini Big Bang yang menunjukkan detik-detik permulaan alam semesta yang wujud hampir 14 bilion tahun lalu dengan menggunakan mesin penghentam partikel, Large Hadron Collider bernilai AS$6.4 bilion (RM19.79 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.

Letupan itu berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari.

Seorang saintis Britain, David Evans yang merupakan salah seorang daripada 1,000 anggota eksperimen itu berkata: "Kami teruja dengan pencapaian itu. Perlanggaran partikel menjana suhu dan ketumpatan paling tinggi yang pernah dicapai dalam satu eksperimen."

Eksperimen itu dibuat di dalam sebuah terowong bawah tanah di sempadan Switzerland dengan Perancis pada Isnin lalu.

Ia dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta selepas letupan Big Bang atau letupan besar berlaku 13.7 bilion tahun lalu. - Agensi

Trend baling bantal dalam pesawat


GAMBAR menunjukkan beberapa penumpang membaling bantal dalam pesawat syarikat Continental pada ketinggian 10,972 meter.


PHOENIX - Berpuluh-puluh penumpang membaling bantal dalam sebuah pesawat komersial dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Phoenix ke Lapangan Terbang Paine Field, Washington pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu yang merupakan anggota-anggota forum penerbangan mengambil bahagian dalam penjelajahan ke enam buah bandar menerusi syarikat penerbangan Continental, United dan U.S Air.

Mereka diundang oleh bos-bos penerbangan itu untuk memberi komen mengenai layanan dan perkhidmatan syarikat itu.

Seorang penumpang dalam laman sebuah laman web menyatakan membaling bantal menjadi lebih seronok pada ketinggian 10,972 meter.

Sebelum ini, beberapa penumpang mambaling bantal dalam pesawat Lufthansa dari Jerman pada Ogos lalu. - Agensi

Nenek ditangkap jual bayi lelaki

MIAMI - Seorang nenek di Florida yang cuba untuk menjual cucu lelakinya berusia sembilan minggu pada harga AS$75,000 (RM232,012) telah ditangkap polis dalam satu operasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Nenek itu, Patty Bigbee, 45, dipenjarakan Jumaat lalu semasa menyerahkan cucunya itu kepada seorang pembeli di sebuah tempat meletak kenderaan di pantai Daytona.

Menurut polis, urusan penjualan itu dilakukan oleh teman wanita itu, Lawrence Works, 42.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan urusan penjualan haram dan menyerahkan seorang kanak-kanak secara haram.

Polis mendapat maklumat daripada seorang bakal pembeli yang menyatakan seorang nenek mendekatinya dan membuat tawaran untuk menjual bayi itu.

Satu operasi dilakukan menyebabkan kedua-dua mereka ditangkap selepas penjualan itu dilakukan.

Menurut polis, ibu bayi itu dipenjarakan kerana dikenakan satu dakwaan lain. - Agensi

Lagi UFO kelihatan di Britain


GAMBAR menunjukkan objek terbang (dalam bulatan) tidak dikenali berada di langit Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain pada Ahad lalu.


SCARBOROUGH - Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan di Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan terbaru itu berlaku selepas beberapa UFO muncul di Rotherham, South Yorks, dan Harrogate, dalam tempoh tiga minggu.

Menurut seorang pakar UFO di Britain, Nick Pope, buat masa ini, utara England dilihat mempunyai lebih banyak kemunculan objek terbang itu.

Gambar terbaru UFO itu dirakamkan di Osgodby, dekat Scarborough, York Utara pada Ahad lalu.

Menurut seorang saksi, Paul Sinclair, objek itu kelihatan seperti piring terbang.

"Ramai orang yang melihatnya.

"Terdapat sesuatu yang berlaku di sini. Menantu lelaki saya merakamkan objek itu selama beberapa minit. Ia kelihatan seperti dua objek, salah sebuahnya mempunyai ekor manakala yang lain berbentuk seperti cakera," katanya.

Pada tahun lalu, formasi 50 buah UFO dilihat di langit bandar ini. - Agensi

DUIT