29 Mac 2010

Hormon rendah rambut gugur

KEGUGURAN rambut yang melampau atau alopecia totalis jarang berlaku tetapi kebanyakan wanita akan menghadapi tahap tertentu alopecia

atau kehilangan rambut yang banyak.

Bulu pada badan tumbuh pada tempoh pusingan tertentu tetapi jangka pusingan tersebut bergantung pada bahagian tertentu tubuh. Contohnya, rambut tumbuh lebih cepat daripada bulu ari-ari.

Semasa hamil, rambut akan tumbuh lebih lebat daripada kebiasaan. Tetapi sebaik selepas melahirkan bayi, tahap hormon anda akan mula berkurangan dan anda dapat melihat rambut anda semakin menipis dan banyak yang gugur.

Bagaimanapun, lama kelamaan rambut baru mulai tumbuh bagi menggantikan rambut yang telah banyak gugur itu.

Alopecia areata merupakan keadaan di mana rambut yang gugur pada satu-satu bahagian tubuh seperti di kepala bersaiz hingga sebesar duit syiling atau lebih.

Keadaan ini akan pulih secara semula jadi tetapi jika anda berjumpa doktor, doktor akan memberikan suntikan bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Jika anda menyedari rambut anda banyak gugur, iaitu lebih daripada 100 helai atau lebih sehari, anda patut berjumpa doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT