MENGAMBIL bijirin sememangnya sarapan yang cepat dan mudah, khususnya untuk keluarga yang sibuk sebelum bergegas ke sekolah atau kerja setiap pagi.
Bijirin sarapan adalah antara pilihan paling praktikal untuk memastikan keluarga memulakan hari mereka dengan makanan berkhasiat.
Menerusi pelbagai produk bijirin di pasaran, rasanya juga sedikit berbeza.
Untuk mereka yang menggemari rasa bijirin yang sedikit manis, antara pilihan terkini di pasaran adalah Multi Grain Cheerios yang dilancarkan Nestle, baru-baru ini.
Ia diperbuat daripada khasiat bijian penuh terdiri daripada lima bijirin berkhasiat iaitu jagung, beras, gandum, oat dan barli serta 10 vitamin dan mineral yang diperlukan badan.
"Sejak sekian lama, komitmen kami adalah untuk terus membekalkan makanan berkhasiat kepada pengguna yang dirumus khusus untuk seisi keluarga sama ada kanak-kanak mahupun dewasa," kata Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad, Peter R Vogt, pada majlis pelancaran baru-baru ini.
- Sumber Dari Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan